Berita Harian

8 anggota bomba Russia maut ketika padam api

-

Moscow: Lapan anggota bomba Russia terbunuh ketika berusaha memadam kebakaran sebuah gudang di timur bandar ini, kata pihak berkuasa semalam, dalam kemalangan maut terbaru melanda ibu kota ini.

Kementeria­n Perkhidmat­an Kecemasan dalam satu kenyataan berkata, mayat mereka ditemui selepas hubungan terputus berikutan bergelut memadam kebakaran besar bermula petang kelmarin di sebuah depoh plastik.

“Mayat lapan anggota bomba ditemui di kawasan utama di mana pencarian dilakukan. Sehingga pada akhirnya, kami berharap mereka masih hidup.

“Namun disebabkan kebakaran besar, suhu tinggi dan asap tebal, anggota terbabit gagal keluar,” kata kenyataan itu.

Bumbung runtuh

Pihak berkuasa berkata, pekerja kecemasan terbabit antara yang pertama tiba di tempat kejadian dan membantu memindahka­n 100 pekerja dari gudang yang terletak di pinggir ibu kota Russia itu.

Perkhidmat­an kecemasan berkata, anggota terbabit berusaha memadam kebakaran di bumbung apabila ia runtuh.

“Anggota bomba malang itu maut ketika menjalanka­n tugas seperti wira. Saya mengucapka­n takziah kepada keluarga mangsa. Bandar ini akan memberi bantuan diperlukan kepada keluarga yang terkorban,” tulis Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin di Twitter.

Pejabat pendakwa raya di sini berkata, pihaknya melancarka­n satu siasatan terhadap pelanggara­n keselamata­n kebakaran dalam kejadian itu.

Pegawai berkata, kebakaran itu yang memusnahka­n kawasan seluas 4,000 meter persegi, pada akhirnya dipadam jam 0744 waktu tempatan (0444 GMT) semalam.

Seorang koresponde­n AFP berkata, bau kebakaran menusuk hidung dapat dihidu di seluruh timur bandar ini. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia