Berita Harian

Marquez harap tuah beraksi laman sendiri

-

Madrid: Pendahulu kejuaraan dunia Motogp, Marc Marquez berharap aksi di laman sendiri mampu membawa dia menghampir­i gelaran juara dunia buat kali ketiga menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Aragon di Sepanyol, esok.

Marquez adalah salah seorang daripada lapan pelumba berbeza yang memenangi lapan perlumbaan terakhir dan berkelebih­an 43 mata di depan pencabar terdekat dari Itali, Velentino Rossi manakala juara bertahan, Jorge Lorenzo ketinggala­n 18 mata di tempat ketiga.

Pelumba Honda itu mempamer aksi cemerlang pada saingan awal musim apabila dia hanya sekali gagal untuk menaiki podium dalam sembilan perlumbaan.

Bagaimanap­un, kelebihan mata yang dimiliki Marquez berjaya dikurangka­n selepas dia sekadar menamatkan saingan di tempat keempat dalam dua perlumbaan terakhir di Britain dan San Marino.

Baiki tunggangan

“Kami masih belum kehilangan banyak mata dan kami tiba di Aragon sebagai pendahulu. Kamu sentiasa mahu mengekalka­n rentak dan memenangi perlumbaan tetapi ada masanya ia adalah mustahil.

“Di sini, sekurang-kurangnya kami mahu menaiki podium,” kata Marquez.

Marquez menjuarai perlumbaan di Aragon ketika dia muncul juara dunia buat kali pertama pada 2013 tetapi terbabit dengan insiden sekali dalam tempoh dua tahun selepas itu.

Jika ia berlaku sekali lagi, ia membuka peluang kepada gandingan Yamaha, Rossi dan Lorenzo untuk memintas kedudukan Marquez dengan berbaki lima perlumbaan musim ini.

“Saya cuba untuk memperbaik­i tunggangan saya dan tidak melakukan kesilapan mudah, tetapi jurang antara saya dengan Marc masih jauh,” kata Rossi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia