Berita Harian

Pemain muda sandaran Eropah

Penampilan enam muka baharu lengkapkan strategi kekalkan gelaran

-

Chaska (Amerika Syarikat)

Harapan Eropah untuk mengekalka­n Piala Ryder bergantung kepada bagaimana enam pemain barunya menangani tekanan menghadapi peminat lawan dan dedikasi skuad Amerika Syarikat.

Edisi ke-41 kejohanan golf dua tahun sekali itu bakal dipertandi­ngkan bermula 30 September hingga 2 Oktober di Hazeltine, dengan pasukan Eropah sudah pun memenangi trofi itu sebanyak tiga kali berturut-turut.

Eropah bakal diketuai juara empat kali kejohanan major, Rory Mcilroy, juara Terbuka Britain Henrik Stenson, pemenang Terbuka Amerika Syarikat 2013 Justin Rose, dua kali juara kejohanan major Martin Kaymer dan pemain veteran Sergio Garcia serta Lee Westwood.

Tetapi mereka akan disertai generasi baharu pemain golf, Rafa Cabrera Bello dari Sepanyol dan pemain baru Andy Sullivan, Matthew Fitzpatric­k, Chris Wood serta juara Masters, Danny Willett dari England termasukla­h Thomas Pieters dari Belgium.

Pengalaman baharu

“Pemain baru ini akan mengalami pengalaman baru yang mereka mungkin tidak pernah rasai di lapangan golf. Ia bagi memastikan mereka menyedari dan cuba membantu mereka dalam sesetengah cara,” kata Mcilroy.

“Ia adalah persekitar­an yang sukar untuk dihadapi, terutama sekali dalam Piala Ryder di tempat lawan. Saya hanya perlu pastikan mereka ini tahu dan bersedia untuk itu.”

“Perlawanan pertama di Piala Ryder akan bermain seperti perlawanan pusingan akhir dalam kejohanan utama bagi saingan 18 lubang,” kata Mcilroy.

“Ia adalah apa yang berlaku. Ia adalah kejohanan di mana anda merasai pengalaman yang tidak pernah anda rasakan.”

 ??  ?? Pieters antara pemain muda yang bakal galas cabaran pasukan Eropah.
Pieters antara pemain muda yang bakal galas cabaran pasukan Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia