Berita Harian

Juventus perlu atasi Palermo

-

Milan: Jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri menegaskan skuad kendaliann­ya perlu mengawal lawan mereka dengan kemenangan ke atas Palermo malam ini disifatkan sebagai tonik terbaik sebelum aksi Liga Juara-juara.

Juventus yang melakar kemenangan 4-0 ke atas Cagliari berjaya merampas kedudukan teratas Serie A susulan keputusan seri tanpa jaringan Napoli dengan Genoa, awal pagi semalam, dan mempunyai kelebihan satu mata di depan pencabar terdekat mereka itu.

Bagaimanap­un, kekalahan di tangan Inter Milan di San Siro, minggu lalu jelas mengecewak­an anak buah Allegri dan Old Lady masih mencari rentak konsisten dalam saingan awal Jurulatih Palermo musim ini.

Sehari selepas kekalahan itu, penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon berkata dia tidak merasakan itu adalah pasukannya dan Allegri turut bersetuju dengan pandangan berkenaan.

“Juventus perlu mula mengawal permainan,” kata Allegri selepas gol dihasilkan Daniele Rugani, Gonzalo Higuain dan Dani Alves termasuk satu gol sendiri daripada pihak lawan memberi tiga mata berharga buat skuad kendaliann­ya pada pertengaha­n minggu.

Kekalkan status

Selepas terikat tanpa jaringan dengan Sevilla di laman sendiri, Juventus yang berkunjung ke Dinamo Zagreb terdesak untuk mencatat kemenangan bagi mengekalka­n status mereka sebagai salah satu pasukan pilihan dalam saingan Liga Juara-juara.

Sementara itu, penyokong Palermo masih meraikan kejayaan bermakna ke atas Atalanta 10 hasil jaringan Ilija Nestorovsk­i pada minit ke-89.

Bagaimanap­un, jurulatihn­ya, Roberto De Zerbi seolah-olah masih belum mendapat bayangan mengenai cabaran yang bakal mereka hadapi, malam esok.

“Kami boleh mencabar mana-mana pasukan sekalipun tetapi kami perlu sama ada kami perlu mempunyai mentaliti yang kuat untuk bersaing dengan pasukan gergasi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia