Berita Harian

Bayern mampu tambah pedih luka Hamburg

-

Berlin: Pendahulu Bundesliga Bayern Munich yang dikendali Carlo Ancelotti berdepan pasukan bergelut Hamburg malam ini dengan pengendali­nya, Bruno Labbadia tertekan selepas tiga kekalahan berturut-turut.

Kekalahan 1-0 Hamburg di Freiburg Selasa lalu menyusul selepas dimalukan 4-0 di laman sendiri oleh RB Leipzig pada Sabtu.

Labbadia mengambil alih Hamburg sejak April 2015 tetapi satu lagi persembaha­n hambar daripada anak buahnya ketika berdepan skuad sempurna Bayern, mampu menjadi perlawanan terakhirny­a.

Hamburg sebelum ini pernah dibelasah 50, 8-0 dan 9-2 di tangan gergasi Munich itu sepanjang tempoh tiga tahun lalu, dan satu lagi jurang kekalahan besar akan menyaksika­n hayat Labbadia hanya terhad kepada lima perlawanan musim ini bersama kelab berkenaan.

Kali terakhir Hamburg menewaskan Bayern ialaha pada tahun 2009 dan tidak pernah menang ke atas gergasi Bavaria itu sepanjang 13 pertemuan terakhir antara mereka.

Pegang rekod

“Saya bertanggun­gjawab sepenuhnya dan saya yang pertama akan melakukann­ya jika kami gagal menentukan corak permainan,” kata Labbadia.

Pertahanan Hamburg perlu bekerja keras untuk mengekang asakan jentera serangan Bayern yang dibarisi Robert Lewandowsk­i, Thomas Mueller dan Franck Ribery, penjaring-penjaring gol ketika kemenangan 3-0 ke atas Hertha Berlin Rabu lalu.

Bayern kini satu-satu pasukan yang masih memegang rekod sempurna dalam liga tertinggi Jerman itu.

Ancelotti pula menikmati permulaan terbaik Bayern dalam sejarah mereka dengan tujuh kemenangan daripada tujuh perlawanan sejak mengambil alih pasukan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia