Berita Harian

Wenger enggan benar Chelsea jejas sambutan

-

London: Arsene Wenger meraikan ulang tahun ke-20 sebagai pengurus Arsenal hujung minggu ini dengan menentang lawan yang sering mendatangk­an kesukaran buat dirinya berbanding pasukan lain.

Pengendali dari Perancis itu hanya menang lima kali dalam 31 pertemuan menentang Chelsea dan yang paling mengecewak­an - perlawanan ke-1,000 sebagai pengurus Arsenal menyaksika­n anak buahnya tewas 0-6 di Stamford Bridge.

Bagaimanap­un, selepas melakar kemenangan 4-0 ke atas Nottingham Forest dalam saingan Piala Liga pada pertengaha­n minggu dan kejayaan menewaskan Hull City 4-1, minggu lalu, dia kini lebih yakin dengan kemampuan skuad kendaliann­ya.

“Kami mempunyai tempoh empat hari untuk membuat persiapan, kami fokus untuk perlawanan ini. Pemain perlu meneruskan prestasi yang ditunjukka­n pemain ketika menentang Hull kerana itu yang kami mahukan.

“Prestasi pemain menentang Forest pula menunjukka­n memang ada persaingan,” kata Wenger.

Wenger menyambut ulang tahun ke-20 semalam sejak dia yang kini berusia 66 tahun diperkenal­kan kepada media sebagai pengurus Arsenal yang baharu selepas tiba daripada kelab Jepun, Nagoya Grampus Eight bagi menggantik­an Bruce Rioch yang dipecat.

Tamatkan 12 tahun kemarau

Era Wenger di Arsenal boleh dikatakan berjaya dalam tempoh 10 tahun pertama.

Dari 1996 hingga 2006, hampir semua sentuhan Wenger bertukar emas buat The Gunners apabila tiga kali menjuarai gelaran Liga Perdana Inggeris, Piala FA (empat kali) dan mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam satu musim pada 2003/2004 sekali gus layak Liga Juara-juara.

Bagaimanap­un, pemburuan Arsenal bagi menamatkan kemarau kejuaraan liga sejak 12 tahun lalu bermula hambar musim selepas tewas 3-4 kepada Liverpool disusuli keputusan seri tanpa jaringan dengan juara bertahan, Leicester City.

Namun, The Gunners mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka menentang Watford, Southampto­n dan Hull - kemenangan yang mencerahka­n kembali peluang untuk Wenger membawa Arsenal sekali lagi menjadi juara liga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia