Berita Harian

Mungkinkah Mourinho, United kecewa lagi

-

Jose Mourinho melalui minggu menyukarka­n minggu lalu. Kekalahan tiga kali berturut-turut termasuk di tangan kelab kerdil, Watford jelas memberi tekanan hebat kepada dirinya dan Manchester United.

Mujur pertengaha­n minggu ini, The Red Devils mendapat tonik untuk bangkit, sekali gus menamatkan penderitaa­n itu selepas menewaskan kelab kerdil, Northampto­n, 3-1, dalam saingan Piala Liga.

Sekurang-kurangnya Mourinho mampu merancang dengan tenang strategi untuk bertemu Leicester City yang berkunjung ke Old Trafford, jam 7.30 malam ini waktu Malaysia.

Apakah peluang Mourinho dan United dalam pertemuan dengan penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) ini? Agak sukar penulis ramalkan kali ini andai bersandar persembaha­n terkini kedua-dua pasukan musim ini.

Seperti yang kita tahu The Foxes dan Red Devils sudah bertemu pada aksi merebut Perisai Komuniti di Stadium Wembley seminggu sebelum liga bermula dan keputusann­ya menyebelah­i United.

Itu adalah juga trofi pertama Mourinho dan pasukannya musim ini. Jika diimbas rekod lalu pula, kita dapat lihat The Foxes hanya menang sekali ke atas Red Devils di laman keramat mereka daripada 18 pertemuan dengan kemenangan terakhir itu dirakam pada Januari 1998 menerusi sentuhan Tony Cottee.

Duduki tangga ketujuh

Mengikut laman rasmi web EPL, Red Devils juga berjaya membolosi lawannya itu dalam semua 14 pertemuan liga lalu dengan menghimpun 33 jaringan. Musim lalu, di Old Trafford, kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan keputusan 1-1.

Sebelum turun malam ini, United menduduki tangga ketujuh dengan sembilan mata, manakala Leicester di tempat ke-11, dengan himpunan tujuh mata termasuk tiga yang diperoleh menerusi kemenangan 3-0 ke atas Burnley.

Saya ramalkan United mampu menjinakan penyandang juara ini, 2-1.

Satu lagi aksi tumpuan minggu keenam ini adalah membabitka­n pertemuan antara Arsenal dan Chelsea di Stadium Emirates pada jam 12.30 tengah malam waktu negara kita.

Apa agaknya ramalan keputusan bagi kedua-dua perlawanan tumpuan ini? Berdasarka­n pencapaian semasa dan rekod lalu, Arsenal memiliki kelebihan untuk menang, namun Chelsea mampu mencuri satu mata.

Bagi aksi lain, pendahulu liga, Manchester City seharusnya tidak bermasalah untuk membenam Swansea City manakala Liverpool perlu berwaspada dengan strategi Hull City andai enggan terperangk­ap sekali lagi dengan pasukan kerdil. Selamat menonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia