Berita Harian

Siapa gigit jari - Wenger atau Conte?

-

Kegagalan Chelsea menundukka­n Liverpool dilihat sebagai keretakan pertama sejak Antonio Conte mengambil alih di Stamford Bridge. Kelemahan The Blues menyerap segala tekanan separuh masa pertama The Reds menjadi punca mereka tewas.

Kebijaksan­aan Jurgen Klopp dari segi taktikal untuk mengasak pertahanan Chelsea yang mengalami banyak pertukaran kerana kecederaan nyata membawa perbezaan dan sudah tentu Conte tidak mahu tewas dua kali berturut-turut di atas seorang lagi pengurus iaitu Arsene Wenger.

Chelsea akan bertandang ke Emirates untuk perlawanan paling besar minggu ini dan walaupun ia masih awal musim, keputusan perlawanan ini boleh membawa impak besar di penghujung musim.

Ini kerana dengan adanya begitu banyak skuad dan pengurus yang kompetitif seperti Manchester City, Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea, Tottenham Hotspur dan Everton, ia penting bagi sesebuah pasukan untuk mendapatka­n tiga mata daripada pasukan setanding mereka untuk memastikan kedudukan terbaik.

Conte ada mengatakan ketiadaan John Terry ketika menentang Liverpool menyebabka­n bahagian pertahanan­nya lumpuh terutama pada separuh masa pertama.

Terry hampir pasti bermain

Sudah tentu berita baik apabila Terry hampir pasti akan bermain di Emirates yang membawa kelegaan kepada The Blues. Arsenal yang menang besar 4-0 menewaskan Hull City berjaya menstabilk­an sedikit tekanan dihadapi Wenger sebelum aksi itu.

Kemenangan itu bukan saja tertumpu kepada tiga mata dan gol tetapi kejayaan itu memberi keyakinan kepada beberapa individu yang secara semula jadi membantu moral pasukan The Gunners yang agak terumbang ambing.

Antaranya, Oliver Giroud yang menunjukka­n beliau masih mempunyai peranan dalam skuad Wenger jika diberikan peluang selepas diletak di bangku simpanan sebelum perlawanan menentang Hull.

Aksi ini datang tepat pada masanya untuk Arsenal berbanding Chelsea kerana selepas kemenangan menentang Hull sudah tentu penyokong sejati The Gunners mahukan momentum itu kekal ketika menentang Chelsea.

Satu perlawanan yang explosif tetapi saya merasakan pasukan tuan rumah akan tumbang. Arsenal 1-2 Chelsea

 ??  ??
 ??  ?? Terry dijangka akan diturunkan untuk memperkuat­kan pertahanan Chelsea bertemu Arsenal di Stadium Emirates, malam ini.
Terry dijangka akan diturunkan untuk memperkuat­kan pertahanan Chelsea bertemu Arsenal di Stadium Emirates, malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia