Berita Harian

Sapura, THT buat perhitunga­n

Aksi final Piala TNB bakal diadakan esok

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Pasukan Sapura melangkah ke final Piala TNB 2016 selepas menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) menerusi penentuan penalti semalam, selepas keduaduany­a terikat dengan agregat 4-4 di penghujung saingan.

Dalam aksi final esok, pasukan ini akan membuat perhitunga­n dengan Pasukan Hoki Terengganu (THT) yang mara selepas menundukka­n pasukan Maybank dengan agregat 14-5. Malam tadi, mereka menewaskan lawannya itu 8-4.

Pada aksi kedua di Stadium Hoki Kuala Lumpur itu, KLHC mengejutka­n Sapura 3-1. Dalam perlawanan pertama sebelum ini, pasukan bimbingan Yahya Atan itu turut mencatatka­n kemenangan dengan keputusan serupa.

Membuka jaringan

Dalam aksi mendebarka­n itu, KLHC terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi gol padang oleh Ali Shan, sebelum ia pantas disamakan oleh Mohd Khairul Ikhwan menerusi gol padang pada tidak lama selepas itu.

KLHC yang dibimbing oleh Muhammad Harun Al-rashid Samri terus melebarkan penguasaan apabila tonggak import mereka, Hyunwoo Nam menghasilk­an dua gol masing-masing pada minit ke-15 dan 34.

Keputusan kekal sehingga wisel penamat sebelum pemenang terpaksa diputuskan menerusi penentuan penalti yang dimenangi Sapura, 4-2.

Ketika ditemui Yahya Atan berkata, Sapura menampilka­n aksi terbaik walaupun anak buahnya tidak mengikut taktikal yang diterapkan sepanjang perlawanan sengit itu.

“Secara taktikal kita tidak bagus kerana banyak pemain pergi ke depan, namun saya rasa semua itu terjadi kerana tekanan dalam perlawanan hari ini (semalam).

“Insyaallah kalau ada rezeki kemenangan akan menjadi milik kita kerana kita mempunyai keinginan yang tinggi. Apa pun kita perlu bijak pada aksi final Ahad ini (esok),” katanya selepas perlawanan.

 ?? [FOTO HASRIYASYA­H SABUDIN/BH] ?? Pemain KLHC, Meor Muhammad Azuan Hassan (tiga kiri) cuba melepasi kepungan pemain Sapura pada perlawanan separuh akhir kedua Piala TNB di Stadium Pantai, Kuala Lumpur, malam tadi.
[FOTO HASRIYASYA­H SABUDIN/BH] Pemain KLHC, Meor Muhammad Azuan Hassan (tiga kiri) cuba melepasi kepungan pemain Sapura pada perlawanan separuh akhir kedua Piala TNB di Stadium Pantai, Kuala Lumpur, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia