Berita Harian

Pemain negara perlu bangkit acara trio

-

Kuala Lumpur: Pemain negara perlu bangkit pada aksi blok kedua pada tiga permainan hari ini jika mahu mendapatka­n pingat dalam acara trio Kejohanan Boling Asia selepas tampil mengecewak­an pada blok pertama semalam.

Gandingan Muhammad Nur Aiman Muhammad Khairuddin, Muhammad Rafiq Ismail dan Zulmazran Zulkifli hanya sekadar berada di posisi kesembilan dengan 1,876 jatuhan pin, ketinggala­n 83 pin daripada pendahulu trio Korea Selatan, Park Jong Woo-cha In Ho-ka Soo Hyeong di Pusat Bowling SCAA, Hong Kong.

(gambar) Jauh ketinggala­n

Selepas tamat blok pertama, trio Hong Kong, Lau Kwun Ho-wu Siu Hong-michael Mak berada di tempat kedua dengan 1,945 jatuhan pin diikuti gandingan Enzo L. Hernandez-kevin Oliver Cu-kenneth Chua dari Filipina (1,930), menurut laman web rasmi kejohanan www.atbc2016-hk.com.

Satu lagi gandingan negara, Adrian Angtimmy Tan-syafiq Ridhwan Abdul Malek pula jauh ketinggala­n di tempat ke-18 dengan 1,782 jatuhan pin, ketinggala­n 177 daripada pendahulu.

Bagai kategori wanita pula, Nur Syazwani Sahar-victoria Chin-shalin Zulkifli menamatkan aksi blok pertama di kedudukan kelima dengan 1,860 jatuhan pin, 100 pin di belakang trio Filipina, Liza Del Rosario-lara Posadas-/liza Clutario yang kini mendahului.

Trio Jepun, Mirai Ishimoto-shion Izumune-haruna Nojima menduduki tangga kedua selepas blok pertama dengan 1,943 pin manakala Dena Buxton-kate Pilkington-rebecca Voukolos dari Australia di kedudukan ketiga dengan 1,922.

Kombinasi juara beregu wanita, Sin Li Jane-esther Cheah bersama Syaidatul Afifah Badrul Hamidi pula sekadar menduduki tempat kelapan dengan 1,838 pin.

Pemenang acara ini akan ditentukan dalam aksi blok kedua tiga permainan hari ini.

Sebagai rekod, Malaysia ketika ini mendahului pungutan pingat dengan dua emas menerusi Timmy Tan bagi acara perseorang­an lelaki pada Rabu lalu dan beregu wanita, selain masing-masing satu perak dan gangsa yang disumbang Adrian-timmy dan Muhammad Rafiq-syafiq Ridhwan dalam acara beregu lelaki semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia