Berita Harian

MSN tambah sukan teras Paralimpik

Bantu serlah lebih ramai atlet berpotensi seluruh negara bagi perkasa bidang itu

- Oleh Syafiq Aznan

Majlis Sukan Negara (MSN) sedia menimbangk­an tambahan beberapa lagi acara dalam program sukan teras paralimpik yang berpotensi untuk membawa lebih banyak kejayaan kepada negara pada masa depan.

Pengarah Bahagian Paralimpik MSN, Mohd Safrushaha­r Yusoff, berkata buat masa ini, sukan tenpin boling dilihat berpotensi besar diketengah­kan dalam program sukan teras dengan mereka bersedia memberi lebih fokus kepada acara terbabit.

“Kita lihat beberapa negeri memiliki atlet paralimpik yang berpotensi dalam sukan tenpin boling. Jadi kita merancang menjadikan sukan ini sebagai fokus terbaharu kita dalam sukan teras yang ketika ini menumpukan kepada enam acara saja.

“Malah, kita juga sedang meneliti beberapa sukan lain yang dilihat berpotensi, bergantung kepada kemampuan dan kemahiran atlet di negeri terbabit.

“Kita bersedia membantu menyerlahk­an lagi potensi atlet paralimpik di setiap negeri supaya dapat meningkatk­an prestasi mereka pada tahap yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi semalam.

semalam melaporkan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) bakal memperluas pencarian bakat untuk mencari pelapis atlet paralimpik sebagai langkah memperkasa sukan itu di negara ini.

Beri tumpuan khusus

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata bagi mencapai sasaran itu, pihaknya akan melaksanak­an beberapa program khusus bagi memberi peluang kepada anak muda kurang upaya untuk menyerlahk­an potensi masing-masing sekali gus menjadikan sukan sebagai bidang kerjaya mereka.

Mengulas lanjut, Mohd Safrushaha­r berkata, buat masa ini, sukan teras bagi paralimpik memberi tumpuan lebih khusus kepada enam acara iaitu olahraga, renang, angkat berat, badminton, memanah serta pingpong.

Terus bekerja keras

Penumpuan terhadap sukan olahraga nyata membawa pulangan selepas empat pingat dibawa pulang pada temasya Paralimpik Rio yang menyaksika­n tiga emas dan satu gangsa berjaya diraih wira paralimpik negara.

Pingat emas diraih Mohd Ridzuan Puzi (100 meter T36), Mohd Ziyad Zolkefli (lontar peluru T20) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh T20) sementara Siti Noor Radiah Ismail membawa pulang gangsa dalam acara lompat jauh T20.

Dalam masa sama, Mohd Safrushaha­r turut mahukan pusat latihan kebangsaan bagi atlet paralimpik di setiap negeri supaya terus bekerja keras untuk menjadi ‘kilang’ kepada penghasila­n atlet paralimpik bertaraf dunia.

“Kita akan menyusun beberapa program yang lebih formal selepas ini dengan bantuan jurulatih dan penggerak di setiap negeri untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembanguna­n atlet paralimpik di negeri masing-masing.

“Kita juga sudah mengenalpa­sti atlet berbakat yang memiliki potensi untuk menjadi atlet pelapis dan mereka kini sudah menjalani latihan di pusat latihan kebangsaan negeri sebelum atlet terbaik diserap ke Pusat Kecemerlan­gan Sukan Paralimpik Kampung Pandan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia