Berita Harian

Zwiebler halangan Chong Wei ke final

Kedua-dua pemain buat perhitunga­n separuh akhir hari ini

- Oleh Helmi Talkah

Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei akan membuat perhitunga­n dengan pemain Jerman, Marc Zwiebler bagi perebutan tempat ke final Terbuka Jepun, hari ini.

Kedua-dua pemain mara ke separuh akhir selepas menewaskan lawan masingmasi­ng dalam aksi suku akhir di Tokyo, semalam.

Pilihan pertama kejohanan, Chong Wei mengatasi cabaran pemain China, Shi Yuqi 21-12, 21-12 manakala Zwiebler menewaskan K Srikanth dari India 18-21, 21-14, 21-19.

Chong Wei, 34, turun dengan misi merekodkan gelaran keenam Terbuka Jepun selepas menjuarain­ya pada 2007, 2010, 2012, 2013 dan 2014.

Misi ulangi kejuaraan

Turut mara ke separuh akhir ialah beregu campuran, Chan Peng Soon-goh Liu Ying yang menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung-shin Seung Chan 21-17, 21-18.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu akan menentang pemenang perlawanan antara beregu Korea, Ko Sung Hyun-kim Ha Na dengan pasangan Thailand, Nipithphon Phuangphua­petjongkol­phan Kititharak­ul untuk aksi separuh akhir, hari ini dalam misi mengulangi kejuaraan dimenangi di Tokyo pada 2012.

“Tidak dinafikan kejayaan mara ke final Olimpik membuatkan tahap keyakinan kami pada tahap tertinggi. Perlawanan hari ini (semalam) lebih kepada taktikal dan strategi.

“Kami tahu Gi Jung pemain paling kuat, jadi kami pastikan dia tidak mendapat peluang untuk mematikan bulu tangkis,” kata Peng Soon yang enggan terlalu yakin dan terus memikirkan mengenai aksi final ketika sedar bakal berdepan tugas sukar di separuh akhir.

Bagaimanap­un, nasib tidak menyebelah­i beregu wanita negara, Vivian Hoo-woon Khe Wei yang gagal menyaingi kehebatan pasangan Denmark, Christinn Pedersen-kamilla Rytter Juhl biarpun berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan.

Vivian-khe Wei yang mara ke suku akhir Olimpik Rio 2016, bulan lalu tewas 22-20, 21-23, 14-21 dalam tempoh 76 minit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia