Berita Harian

Fairuz tekad kuasai Le Mans Asia

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Kuala Lumpur: Pemandu OD Racing Team (ODR), Fairuz Fauzy tekad menamatkan Siri Le Mans Asia musim 2016/2017 selaku juara sekali gus mengisi slot pasukan jemputan untuk beraksi dalam Perlumbaan 24 Jam Le Mans di Perancis pada 17 dan 18 Jun 2017.

Saingan Le Mans peringkat Asia dijadualka­n bermula di Zhuhai, China pada 28 hingga 30 Oktober ini, diikuti Fuji, Jepun (2 hingga 4 Disember), Buriram Thailand (6 hingga 8 Januari 2017) dan di Litar Antarabang­sa Sepang (20 hingga 22 Januari 2017).

Berdasarka­n peraturan, juara kategori LMP2 dan GTC (tambahan kepada siri Super GT dan pasukan GT300) peringkat Asia akan mendapat jemputan beraksi di Perlumbaan 24 Jam iaitu perlumbaan paling berprestij berkelas dunia dinanti semua pelumba.

Sasar pasukan pertama

“Bagi perlumbaan Siri Le Mans Asia, kita percaya banyak pasukan profesiona­l akan mengambil bahagian, namun apa yang diharapkan adalah menamatkan empat siri perlumbaan dengan jayanya.

“Kerjasama daripada rakan juga dapat membantu pasukan bergerak ke depan.

“Jika kita mempunyai musim yang baik, saya harap pasukan mendapat jemputan ke Perlumbaan 24 Jam Le Mans, kerana sasaran saya juga adalah menjadi pasukan pertama negara berlumba di sana,” katanya selepas majlis memorandum persefaham­an (MOU) antara OD Alliance dan Circle K (Malaysia), di sini, semalam.

Sebagai rekod, selain Fairuz, ODR mempunyai dua lagi pemandu iaitu Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel dan Jono Lester dari New Zealand, masing-masing menggunaka­n jentera MCLAREN 650S GT3.

Mengulas lanjut, Fairuz, 32, yang juga bekas pemandu ujian Formula Satu (F1) berkata dia dalam perancanga­n untuk melahirkan bakat-bakat baharu serta pelapis bagi memastikan sukan permotoran sentiasa mempunyai pengganti.

“Saya sedang merangka pembanguna­n bakat baharu bermula dari sukan go-kart bagi melahirkan pelumba profesiona­l selain kerjasama dengan agensi tertentu sebagai tanda memberi balik kepada masyarakat,” kata.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia