Berita Harian

JDT tetap buru kemenangan jumpa T-team

- - Oleh Rizar Mohd Noor dan Faizul Azlan Razak

Johor Bahru: Piala Liga Super sudah pun berada dalam genggaman, namun pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez tetap inginkan kemenangan apabila berdepan T-team pada aksi liga di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Pun begitu, pengendali dari Argentina tidak menolak bakal melakukan rombakan dalam kesebelasa­n utama kerana selepas aksi menentang skuad kendalian Rahmad Darmawan itu, mereka harus membuat persediaan lebih rapi bagi melayani kunjungan Bengaluru FC pada aksi separuh akhir pertama Piala AFC di laman sendiri, Rabu ini.

"Mungkin ada rombakan dalam kesebelasa­n utama namun semuanya bergantung kepada perancanga­n taktikal kerana kami tidak mahu kehilangan mata. Lebih-lebih lagi piala liga akan diserahkan sebaik tamat perlawanan nanti.

"Saya perlu mengimbang­i kekuatan dalam barisan JDT kerana ada beberapa pemain tonggak perlu mendapat rehat secukupnya untuk persiapan menghadapi kelab dari India.

"Yang pasti kemenangan pada aksi menentang T-team amat ditagih,” katanya.

Perkemaska­n corak permainan

Dalam pada itu, T-team mahu menjadikan aksi bertemu JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini sebagai medan persiapan menjelang separuh akhir Piala Malaysia.

Sehubungan itu, menurut Penolong Jurulatih T-team, Mohd Azhari Salim, pihaknya tetap akan membariska­n kesebelasa­n utama dalam perlawanan itu supaya pemain lebih berkeyakin­an.

Begitupun, katanya, T-team berharap mereka tidak berdepan dengan kecederaan yang boleh menghalang beraksi dalam aksi separuh akhir pertama dengan Selangor di Stadium Shah Alam, pada 1 Oktober ini.

"Perlawanan malam esok (malam ini) tidak membawa apa-apa makna buat kami kerana pasukan sudah kekal beraksi dalam Liga Super musim depan.

"Cuma, kita mahu pemain lebih bersedia dari segi mental dan memperkema­skan corak permainan dalam perlawanan malam esok (malam ini)," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia