Berita Harian

Tok Gajah tiada pilihan perlu menang

- - Oleh Asrol Awang

Kuantan: Kesebelasa­n terbaik akan membarisi skuad Pahang apabila menerima kunjungan Pulau Pinang dalam usaha untuk kekal pada saingan Liga Super musim depan di Stadium Darul Makmur malam ini.

Jurulatih skuad Tok Gajah, Razip Ismail berkata, tiada masalah kecederaan turut memudahkan­nya untuk melengkapk­an percaturan terbaik dalam usaha membolosi gawang lawan.

Katanya, segala-galanya disandarka­n kepada pemain untuk memastikan misi meraih tiga mata menjadi kenyataan sekali gus memberi nafas untuk kekal bersaing dalam saingan Liga Super musim depan.

"Saya kini harapkan segala percaturan menjadi kerana Pahang tiada pilihan lain kecuali menang ke atas Pulau Pinang sebelum memikirkan pertemuan dengan T-team pada aksi terakhir liga.

"Saya percaya pemain sedar inilah peluang yang perlu dimanfaatk­an untuk meletakkan pasukan pada kedudukan lebih baik sekali gus memperbaik­i kedudukan tercorot," katanya di sini semalam.

Vranjican jadi sandaran

Mengenai barisan kesebelasa­n malam ini, Razip berkata, keempat-empat pemain import skuad Tok Gajah tetap menjadi pilihan untuk memperkasa­kan pasukan itu berdepan Pulau Pinang.

Katanya, harapan utama menerusi sentuhan penyerang, Pablo Vranjican yang diharap terus menemui sentuhan berbisa manakala Faysal Shayesteh lebih mantap di bahagian tengah serta Claudio Meneses dan Jailton Dos Santos kebal di posisi pertahanan.

"Segala-galanya dilihat positif untuk memastikan tiga mata tetapi saya ingatkan pemain supaya lebih berwaspada memandangk­an Pulau Pinang juga mahukan kemenangan untuk kekal dalam liga musim depan.

"Sudah pasti mereka akan bermain bermati-matian. Pemain perlu manfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri," katanya.

 ??  ?? Vranjican (kiri) jadi sandaran Tok Gajah untuk merobek gawang Pulau Pinang, malam ini.
Vranjican (kiri) jadi sandaran Tok Gajah untuk merobek gawang Pulau Pinang, malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia