Berita Harian

Sabah kecundang, Sime Darby pula tersingkir

- Oleh Mohd Amin Jalil dan Ryan Stanley

Kota Kinabalu: Sabah gagal meraih mata penuh di laman sendiri apabila kecundang 2-3 di tangan Kuantan FA dalam aksi Liga Perdana yang berlangsun­g di Stadium Likas, malam tadi.

Beraksi di hadapan kira-kira 500 penyokong, Maxsius Musa meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit ke-15 hasil rembatan cantik daripada luar kotak penalti sebelum Wafiy Abdul Ghafar menyamakan kedudukan tiga minit berselang dan Dao Bakary menghukum pertahanan tuan rumah untuk gol kedua pelawat pada minit ke-31.

Namun, jaringan penalti Everton Souza Santos mengikat kedudukan menjadi 2-2 sebelum tamat babak pertama, namun sepakan penalti yang disempurna­kan Bakary pada minit ke-47 menghadiah­kan gol kemenangan buat Kuantan FA sekali gus membolehka­n pelawat meraih mata penuh di tempat lawan.

Pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan gagal mempamerka­n kebangkita­n apabila sekadar mencatatka­n keputusan seri 1-1 dengan DRB HICOM.

Gagal tembusi benteng

Meskipun bermula agresif, Negeri Sembilan gagal menembusi benteng kawalan DRB Hicom yang menyaksika­n pelawat mengejutka­n tuan rumah menerusi jaringan Ivan Babic seawal minit keenam selepas berjaya melepaskan diri daripada kawalan pertahanan tuan rumah dan memperdaya­kan penjaga gol, Mohd Kaharuddin Abd Rahman.

Usaha anak buah Gary Michael Phillips untuk menyamakan kedudukan akhirnya berhasil menerusi jaringan Alexander Smith pada minit ke-17 selepas pemain itu bijak menyambar bola hantaran lintang Sean Eugene namun keputusan kekal 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, aksi di Stadium Temerloh menyaksika­n ATM FA membenam Sime Darby 3-1 sekali gus menyaksika­n Sime Darby tersingkir ke saingan Liga FAM musim depan.

Di Stadium UITM Shah Alam pula, menyaksika­n Perlis membenam UITM FC 5-2 dengan tuan rumah kini menghuni tangga kedua tercorot liga dan berdepan penyingkir­an ketika saingan masih berbaki satu perlawanan lagi.

 ??  ?? [FOTO OSMAN ADNAN/BH] Pemain PKNS FC, Alif Haikal (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Melaka United pada aksi Liga Perdana di Stadium Shah Alam, malam tadi.
[FOTO OSMAN ADNAN/BH] Pemain PKNS FC, Alif Haikal (tengah) cuba melepasi kawalan pemain Melaka United pada aksi Liga Perdana di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia