Berita Harian

PKNS makin hampir ke Liga Super

Benam juara liga di Shah Alam, JDT II pula tercicir mata

- Oleh Syafiq Aznan dan Rizar Mohd Noor

Naib juara Piala FA, PKNS FC hanya selangkah kembali ke saingan Liga Super apabila mengukuhka­n kedudukan di tangga kedua Liga Perdana susulan kemenangan 3-1 ke atas Melaka di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Permainan bermula seimbang namun skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris itu menerima tamparan hebat apabila pemainnya, Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman dilayangka­n kad merah pada minit ke-36 sekali gus memberi kelebihan kepada skuad Semut Merah yang beraksi di laman sendiri.

Bagaimanap­un, PKNS FC tersentak apabila penyerang berbisa skuad Hang Tuah, Ilija Spasojevic terlebih dulu meledak gol dua minit berselang untuk pelawat selesa berkeduduk­an 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

PKNS FC bangkit pada babak kedua untuk meledak dua gol pantas dalam tempoh lima minit menerusi Gabriel Guerra pada minit ke-48 dan Alif Haikal Sabri pada minit ke-52 sebelum Mohd Munir Amran menambah derita Melaka dengan jaringan ketiga pada minit akhir perlawanan.

Mencalar ego

Kemenangan skuad bimbingan E Elavarasan itu sekali gus mencalar ego juara Liga Perdana itu yang kini merakam kekalahan kedua dalam liga musim ini dengan hanya tinggal satu perlawanan perlu diharungi.

Sementara itu di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang, Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal untuk terus memberi tekanan kepada PKNS FC selepas sekadar terikat 1-1 menentang Kuala Lumpur.

Skuad bimbingan Benjamin Mora itu bermula dengan baik apabila mendahului seawal minit pertama menerusi jaringan Mohd Irfan Fazail namun penyerang import ibu kota, Jonathan Zorrila mengikat kedudukan tiga minit sebelum babak pertama tamat.

Gol kemenangan yang diburu JDT II tidak berjaya dihasilkan sekali gus keputusan seri menyaksika­n mereka kini ketinggala­n tiga mata di belakang PKNS FC di tangga kedua dengan saingan hanya berbaki satu perlawanan saja.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia