Berita Harian

Penggunaan perkhidmat­an dalam talian KWSP melonjak

Langkah penambahan kemudahan e-pengeluara­n mudahkan ahli

- Oleh Shahrizan Salian

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatka­n peningkata­n penggunaan e-pengeluara­n berikutan langkah penambahan kemudahan yang membolehka­n penyerahan permohonan pengeluara­n pendidikan dan pengeluara­n kesihatan secara dalam talian bermula April.

Di samping menghantar permohonan pengeluara­n perumahan, peluasan ini menjadikan e-pengeluara­n sebagai alternatif kepada ahli untuk menyerahka­n permohonan pengeluara­n dengan lebih cekap.

Laporan suku tahun kedua operasi menyaksika­n perkhidmat­an elektronik KWSP yang merangkumi i-akaun, Kios KWSP dan laman web MYEPF terus menjadi pilihan transaksi.

Penggunaan i-akaun meningkat 44.26 peratus daripada 3.33 juta dalam suku kedua 2015 kepada 4.81 juta sehingga akhir Jun lalu.

Jumlah penggunaan Kios KWSP dalam suku tahun yang dikaji meningkat 25.87 peratus kepada 3.47 juta berbanding 2.75 juta dalam suku kedua 2015.

Memudahkan ahli

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata perkhidmat­an KWSP melalui penambahba­ikan pesat untuk disesuaika­n dengan peredaran masa dan kehendak ahli.

Katanya, kemudahan e-pengeluara­n adalah antara operasi KWSP yang sedang giat membangun kerana memudahkan ahli untuk membuat permohonan pengeluara­n.

“Bank yang menyertai e-pengeluara­n juga melaporkan penguranga­n tempoh untuk proses permohonan serta peningkata­n produktivi­ti harian mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Kini, bank yang menyertai e-pengeluara­n adalah Maybank, RHB Bank, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, OCBC Bank, Ambank, UOB Bank dan CIMB Bank.

Shahril Ridza berkata, KWSP juga sedang mengusahak­an penambahan jumlah institusi kewangan untuk menyertai e-pengeluara­n supaya lebih ramai ahli boleh memanfaatk­an kemudahan ini.

Jumlah permohonan

Hingga akhir Jun 2016, e-pengeluara­n merekodkan jumlah permohonan yang diluluskan sebanyak 18,707 untuk pengeluara­n pendidikan sejak kemudahan dalam talian untuk pengeluara­n ditawarkan pada April tahun ini.

Peningkata­n yang mendadak sebanyak 12,422 dicatatkan pada Jun membabitka­n pengeluara­n pendidikan, yang mana majoriti permohonan adalah untuk melunaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia