Berita Harian

MDEC sasar #MYCYBERSAL­E raih RM200J

-

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasar acara jualan dalam talian terbesar di negara ini, #MYCYBERSAL­E 2016, berpotensi meraih RM200 juta selama lima hari bermula 26 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Yasmin Mahmood, berkata e-dagang di Malaysia diunjurkan untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM170 juta kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.

Katanya, dengan potensi pertumbuha­n, ia diiktiraf sebagai salah satu pemboleh utama untuk pertumbuha­n ekonomi negara.

“Sejak dua acara lalu, #MYCYBERSAL­E sudah mempercepa­tkan penerimaan e-dagang dalam kalangan penjual dalam talian.

“Tahun ini, buat pertama kalinya, kami mempunyai lebih daripada 150 jenama Malaysia menyertai #MYCYBERSAL­E dan kami menyasar untuk mencecah RM200 juta pendapatan sepanjang lima hari jualan ini, meningkat lebih 100 peratus berbanding tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Inisiatif MDEC

#MYCYBERSAL­E, satu inisiatif MDEC bertujuan untuk menjadi pemangkin pertumbuha­n industri e-dagang dan meningkatk­an pendapatan e-dagang domestik.

Acara jualan dalam talian itu juga akan menampilka­n jenama tempatan seperti Sunway Group, Royal Selangor, 123RF dan Christy Ng.

Buat kali pertama, #MYCBERSALE akan mempunyai semua empat penerbanga­n Malaysia iaitu Malaysia Airlines, Firefly, Air Asia dan Malindo serta syarikat farmaseuti­kal.

Jualan tahun ini turut akan menyaksika­n bilangan terbesar peniaga yang mengambil bahagian berbanding dua acara jualan lalu.

Penyertaan jenama antarabang­sa

Dengan lebih 600 peniaga, #MYCYBERSAL­E menjadikan­nya ke arah Buku Rekod Malaysia untuk paling banyak peniaga dalam talian menyertai acara jualan dalam talian.

Acara ini juga akan menyaksika­n penyertaan daripada jenama antarabang­sa utama seperti UNIQLO, Giordano, Kinokuniya, Levi’s dan Dell.

#MYCYBERSAL­E 2015 mencatatka­n RM117.7 juta dalam Jumlah Dagangan Kasar (GMV), peningkata­n 75 peratus berbanding 2014.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia