Berita Harian

Standard tinggi, prasyarat ketat perlu dipenuhi

-

Bagaimanap­un, katanya, ada standard tinggi dan prasyarat ketat yang perlu dipenuhi sebelum model pendanaan ini boleh berkembang.

“Kewujudan pengawal selia yang mantap, penyeliaan dan rangka pengawal seliaan kukuh dan berdaya tahan, serta undang-undang perlindung­an pengguna yang teguh adalah beberapa asas penting yang diperlukan bagi memastikan institusi itu menyelesai­kan halangan sebelum menjadi sumber berdaya maju atau membiayai dan memberi manfaat kepada ekonomi,” katanya.

“Sasaran akhir adalah kekal dalam melindungi kepentinga­n pengguna, menyekat amalan predatori, mengurus paras hutang, termasuk hutang isi rumah yang tinggi dan melindungi peminjam daripada terjebak dalam kesusahan kewangan disebabkan ketidakupa­yaan membayar hutang,” katanya.

Institusi bank

Muhammad berkata, sektor kewangan terus memainkan peranan perantara dalam membiayai ekonomi, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Setakat akhir Julai 2016, pembiayaan oleh sistem perbankan kepada perniagaan dan PKS berada pada RM533 bilion, berkembang pada kadar tahunan purata 9.9 peratus antara 2011 dan 2015.

Institusi bank, katanya, kekal sebagai pemberi pinjaman wang terbesar kepada PKS dan prestasi itu dijangka kekal dengan disokong kadar kelulusan pembiayaan yang tinggi, iaitu hampir 80 peratus.

Persidanga­n selama sehari anjuran BNM itu menghimpun­kan pemimpin industri untuk membincang­kan peluang dan pembanguna­n idea substansif bagi pembanguna­n sektor kewangan berkaitan demi masa depan Malaysia.

Ia diadakan tepat pada tempoh pertengaha­n 10 tahun pelaksanaa­n Pelan Sektor Kewangan untuk menunjukka­n kemajuan dan mengesahka­n semula komitmen bagi meneruskan pembanguna­n sektor berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia