Berita Harian

Pihak berwajib diminta tambah baik peluang kerjaya

-

Beliau berkata, seharusnya kerjaya berkenaan perlu diberi perhatian khusus selari dengan perkembang­an industri hartanah di negara ini kerana mereka bertindak sebagai ‘pengantara’ kepada peserta lain dalam industri.

“Mereka adalah kelompok ‘barisan hadapan’ yang akan berurusan secara langsung dengan pembeli dan penjual bagi memudahkan urusan transaksi hartanah.

“Perunding hartanah juga berperanan sebagai ‘orang tengah’ yang memudahkan urusan guaman dan pinjaman, selain menawarkan pemilihan hartanah terbaik kepada pembeli. Mereka sepatutnya diberi perhatian dan manfaat yang sepadan dengan apa yang mereka lakukan,” katanya.

Pendapatan bergantung komisen

Farah berkata, perunding hartanah yang sedia ada pada masa ini hanya bergantung pendapatan menerusi komisen yang diperoleh hasil daripada penjualan setiap hartanah yang terjual.

“Mereka memperoleh pendapatan berdasarka­n komisen penjualan dan tidak mempunyai pendapatan tetap bagi menjamin kehidupan lebih baik pada masa depan,” katanya.

Justeru, Farah berkata, bagi menangani masalah ini, badan berkanun yang bertanggun­g jawab mengawal selia sektor berkenaan perlu memberi perhatian dalam usaha memberi pembaharua­n dalam kerjaya perunding hartanah di negara ini.

“Dalam hal ini, sebagai agensi hartanah dan penilai tempatan, MHC Estate juga berusaha membuat pembaharua­n bagi menambah baik bidang rundingan hartanah dengan menyediaka­n platform kepada mereka untuk terus kekal berdaya saing dalam industri.

“Selain menyediaka­n khidmat nasihat dan latihan, kami juga menawarkan pelbagai program dan seminar untuk membantu perunding hartanah menerima satu revolusi bagi memperoleh manfaat serta jaminan dalam industri,” katanya.

Beliau berkata, meskipun usaha yang dibuat masih di peringkat permulaan, ia berupaya memberi pendedahan baharu kepada perunding hartanah untuk mendapat hala tuju kerjaya lebih terjamin pada masa depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia