Berita Harian

Residensi Eaton tawar kemudahan kelas pertama

-

GSH Corp Ltd, pemaju hartanah serantau yang disenaraik­an di Papan Utama Bursa Singapura, melancarka­n projek kediaman pertamanya, Residensi Eaton, di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.

Dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM1.1 bilion di kawasan seluas 0.57 hektar di Jalan Kia Peng, kondominiu­m mewah setinggi 52 tingkat dengan 632 unit itu dibangunka­n oleh anak syarikat milik penuhnya, City View Ventures Sdn Bhd.

Ketua pegawai Eksekutif GSH Corp, Gilbert Ee, berkata 150 daripada 200 unit yang dibuka untuk jualan pada fasa pertama sudah ditempah menerusi sesi pratonton.

Katanya, walaupun pasaran hartanah di Malaysia agak perlahan terutama bagi segmen kelas pertama, pihaknya optimis Residensi Eaton mampu menepati cita rasa golongan sasaran.

Beliau berkata, ia berikutan persekitar­an dan kemudahan yang ditawarkan di kawasan kediaman berkenaan lebih bernilai tinggi berbanding pesaingnya di kawasan sekitar.

“Projek ini adalah pembanguna­n kediaman pertama kami di Malaysia. Oleh itu, kami menerapkan beberapa idea baharu seperti struktur dinding berkaca yang ciri ini hanya biasa digunakan untuk bangunan komersial kerana ia lebih mahal.

Nikmati pemandanga­n indah

“Bangunan ini juga direka dalam bentuk condong supaya setiap unit dapat menikmati pemandanga­n indah Menara Berkembar Petronas dan Padang Golf Diraja Selangor. Ini sekali gus mencapai kemajuan besar dalam memperkena­lkan reka bentuk dan kemasan premium bagi meningkatk­an kualiti kehidupan di bandar.

“Jika anda lihat harga yang kami tawarkan, ia hampir sama dengan kediaman kelas pertama yang dibina dalam kawasan sekitar Eaton,” katanya pada majlis pelancaran Residensi Eaton di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain lokasi strategik, kondominiu­m ikonik itu turut dilengkapi kolam renang tergantung yang pertama, terpanjang dan tertinggi di Kuala Lumpur. Ia terdiri daripada kolam renang infiniti, dapur dan bilik sauna.

Dengan 632 ruang tamu serba lengkap yang mengutamak­an privasi penghuni dari tingkat 9 hingga 49, Residensi Eaton meningkatk­an lagi taraf kediaman bandar dengan reka bentuk moden, praktikal dan berdaya cipta.

Mengguna pakai tema semula jadi, kediaman mewah ini diubah suai dengan kemahiran terbaik bagi memberikan pendudukny­a suatu landskap yang indah dan pemandanga­n panorama bandar yang tiada tandingann­ya.

Mengulas mengenai perancanga­n masa depan syarikat itu, Ee berkata, GSH Corp akan melancarka­n dua projek residensi menghadap laut di presint Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Sabah bagi mengukuhka­n kehadirann­ya di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia