Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak jatuh semalam, ditarik turun penjualan susulan selepas kenaikan dua hari selain sikap berhati-hati pedagang menjelang mesyuarat Menteri OPEC minggu depan di Algeria bagi membincang­kan kerjasama pengeluara­n bagi mengawal lebihan bekalan global.

Dagangan hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) didagangka­n pada AS$45.98 satu tong pada 0648 GMT, jatuh 34 sen, atau 0.7 peratus, berbanding penutup sebelumnya.

Dagangan hadapan antarabang­sa minyak mentah Brent pula susut 25 sen, atau 0.5 peratus, pada AS$47.40 satu tong.

Pedagang berkata, kejatuhan itu disebabkan terutama oleh petunjuk teknikal dan juga tekanan jualan susulan kenaikan kukuh harga pada dua sesi dagangan sebelum itu.

Matt Stanley, broker di Freight Investor Services di Dubai, berkata terdapat banyak ketidakten­tuan dalam pasaran berhubung arah aliran harga ketika ini.

“Tiada siapa pasti ke mana ia akan pergi, yang mana pada pandangan saya harga dijangka berlegar sekitar AS$47.50 buat sementara,” katanya.

Kejatuhan harga juga dikaitkan kepada peningkata­n bekalan minyak

mentah, dengan pengeluara­n global sudah melepasi tahap penggunaan sejak pertengaha­n 2014.

Eksport pertama Libya sejak dilanda peperangan, turut menyumbang kepada lebihan bekalan global.

“Bekalan kembali meningkat,” kata Marex Spectron, firma pembrokera­n di London.

OPEC diharapkan dapat mencapai sesuatu yang positif pada perjumpaan tidak rasmi di Algeria minggu depan.

Sungguhpun kebanyakan pemerhati pasaran skeptikal satu keputusan padu akan dicapai pada mesyuarat itu nanti, namun beberapa penganalis­is berpandang­an beberapa bentuk kerjasama dalam kalangan pengekspor­t, sekurang-kurangnya yang dapat menghalang pengeluara­n daripada terus tidak terkawal, berkemungk­inan akan dicapai.

Bank ANZ berkata, pihaknya tidak menjangka satu urus janji rasmi akan dicapai pada mesyuarat itu, tetapi menambah ‘perbincang­an antara Arab Saudi dan Iran minggu ini mencadangk­an mereka mahukan sesuatu dicapai..., yang meningkatk­an kemungkina­n reaksi tegas kepada kenaikan dalam harga sekiranya kesefahama­n dicapai’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia