Berita Harian

FBM KLCI keluar zon mendatar

Kegiatan beli saham berharga murah lonjak pasaran ketika ditutup

-

Bursa Malaysia tinggi ketika mengakhiri sesi dagangan semalam dengan indeks penanda aras naik 1.33 mata selepas terdapat kegiatan membeli ketika saham berharga murah.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,670.99 berbanding 1,669.66 ketika ditutup kelmarin.

Selepas dibuka 5.81 mata lebih rendah pada 1,663.85, indeks tempatan turun naik antara 1,662.83 dan 1,672.28 sepanjang hari.

Kaunter untung mengatasi rugi pada 415 berbanding 364 manakala 413 kaunter tidak berubah, 498 tidak diniagakan manakala 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 1.88 bilion unit bernilai RM1.95 bilion daripada 2.11 bilion unit bernilai RM2.23 bilion yang dicatatkan kelmarin.

Ambil untung awal

Peniaga berkata, beberapa pedagang mengambil keuntungan awal berikutan kenaikan tiga hari di Bursa Malaysia.

Bagaimanap­un, indeks kembali mengukuh dan kegiatan membeli ketika saham berharga murah menaikkan pasaran ketika ditutup.

“FBM KLCI menunjukka­n pemulihan dan keluar daripada zon mendatar selepas Bank of Japan dan Rizab Persekutua­n AS memutuskan untuk mengekalka­n kadar faedah, yang membantu menghilang­kan kebimbanga­n pelabur,” katanya.

Di pasaran, Indeks FBM EMAS menambah 11.58 mata kepada 11,810.22, Indeks FBMT100 meningkat 12.16 mata kepada 11,511.79 dan Indeks FBM EMAS Syariah menokok 33.3 mata kepada 12,483.72.

FBM 70 melonjak 25.47 mata kepada 13,864.04 tetapi FBM ACE merosot 20.53 mata kepada 5,251.86.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menyusut 56.31 mata kepada 14,249.42, Indeks Perladanga­n menambah 15.2 mata kepada 7,958.34 manakala Indeks Perusahaan naik 10.18 mata kepada 3,144.18.

Maybank naik 7 sen

Bagi saham wajaran tinggi, TNB kekal pada RM14.40, Maybank menambah tujuh sen kepada RM7.67, Public Bank naik 16 sen kepada RM19.74 dan Petronas Chemicals berkuranga­n empat sen kepada RM6.70.

Antara saham aktif, Borneo Oil kekal pada 18.5 sen manakala MBSB dan Daya Materials menokok setengah sen, masing-masing kepada 92 sen dan 7.0 sen. Di pasaran utama, jumlah dagangan meningkat kepada 1.22 bilion saham, bernilai RM1.84 bilion daripada 1.18 bilion saham bernilai RM2.08 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 276.79 juta unit bernilai RM40.34 juta daripada 306.09 juta unit bernilai RM40.05 juta.

Waran susut kepada 383.39 juta saham, bernilai RM71.76 juta daripada 614.76 juta saham, bernilai RM110.24 juta yang dicatatkan sebelumnya. Barangan pengguna menguasai 47.81 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (245.73 juta), pembinaan (56.79 juta), dagangan dan perkhidmat­an (597.27 juta), teknologi (23.13 juta), infrastruk­tur (14.18 juta), SPAC (14.35 juta), kewangan (100.12 juta), hotel (750,500), hartanah (90.51 juta), perladanga­n (35.92 juta), perlombong­an (nil), REIT (1.64 juta) dan tertutup/dana (71,600).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia