Berita Harian

Haida tunai hajat

Rancang rakam single baharu yang tertangguh sejak dua tahun lalu

- Oleh Zaidi Mohamad

Szaidim@bh.com.my

ekalipun sudah jarang dilihat muncul menyanyi di kaca TV atau menerima publisiti di media cetak, penyanyi Haida yang kini berusia 38 tahun sebenarnya masih aktif menyanyi. Dunia nyanyian tidak pernah ditinggalk­an begitu sahaja, meskipun kini sudah berkeluarg­a dan semakin agresif menceburi dunia perniagaan.

Haida atau nama lengkapnya, Siti Haida Hassan mencipta nama menerusi lagu Hajat ketika berusia 16 tahun. Kekuatan lagu ciptaan Saari Amri itu yang dirakamkan pada tahun 1994 masih berbekas, malah sering menjadi pilihan peminat terutama di pusat karaoke.

Kemunculan semula tertangguh

Bertemunya baru-baru ini, penyanyi yang bertudung sejak dua tahun lalu itu mengakui, pernah berhasrat membuat kemunculan semula pada tahun 2014 dengan single terbaharu. Disebabkan beberapa faktor terutama kesibukan diri, niatnya itu tertangguh seketika.

“Saya masih menyanyi, cuma sejak dua tahun kebelakang­an ini, saya agak sibuk menguruska­n syarikat pengurusan acara. Jadi, aktiviti nyanyian itu saya perlahanka­n seketika. Diikutkan, saya tidak pernah berhenti menyanyi malah masih menerima tawaran persembaha­n.

“Kesibukan saya dalam dunia pengurusan acara semakin bertambah sejak bulan puasa lalu apabila mengendali­kan Konsert

bersama DMS360 yang berlangsun­g pada 3 September lalu di Pasir Gudang, Johor Bahru. Ia diuruskan di bawah syarikat Hail Ladies. Kesibukan itu membuatkan perancanga­n menghasilk­an single tertunda,” katanya.

Masuk studio

Mengenai perancanga­n awal kemunculan semulanya pada tahun 2014, Haida memberitah­u, dirinya sudah melakukan pelbagai persediaan termasuk mendapatka­n bimbingan guru vokal. Haida juga sudah melangkah ke studio rakaman namun hajatnya itu tidak menjadi kenyataan.

“Susunan muzik untuk lagu itu juga sudah dilakukan. Disebabkan perancanga­n dibuat pada hujung tahun, jadual saya agak sibuk dengan memenuhi undangan menyanyi. Pada masa sama, komposer terbabit juga terikat dengan komitmen lain. Akhirnya, lagu yang diberi judul Benarnya Cinta itu dinyanyika­n oleh penyanyi baharu, Fara Sulaiman.

“Lagu itu turut dijadikan runut bunyi drama Tundukkan Playboy Itu lakonan Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi. Meskipun perancanga­n asal tidak menjadi kenyataan, saya akan tetap diteruskan niat itu kerana peminat selalu bertanya di laman sosial. Setiap kali selesai persembaha­n, saya sering ditanya bila akan merakamkan lagu baharu.

“Cuma selepas konsert Slam di Pasir Gudang berakhir, saya merancang untuk membawa mereka menjelajah di beberapa negeri. Ketika ini, perhatian saya terhadap pembikinan single baharu masih berbelah bahagi. Saya tetap akan mencuri masa mendengar lagu yang diterima dan kemungkina­n, ia hanya akan siap tahun hadapan,” katanya.

Berterima kasih kepada Saari Amri

Haida mengakui bayangan lagu Hajat yang masih kental di ingatan peminat, membuatkan ramai yang meminta dirinya muncul dengan konsep sama.

“Permintaan peminat mahukan saya menyanyika­n lagu seperti Hajat, tetapi saya mungkin perlu menggabung­kan antara cita rasa mereka dan sentuhan komposer baharu. Saya masih berhubung dengan Saari, malah turut menjemputn­ya datang menonton konsert Slam tetapi tidak dapat dipenuhiny­a kerana mempunyai kerja lain.

“Saya harus berterima kasih kepadanya kerana Hajat cukup bermakna dalam hidup saya. Hingga kini, lagu itu terus menjadi pilihan peminat di pusat karaoke. Radio Sinar FM pada awal penubuhann­ya dahulu sering mempromosi­kan Hajat hingga memanjat carta. Selain sentuhan pemuzik dan komposer, kekuatan lagu itu turut didorong sokongan peminat.

“Selain itu, saya lihat komposisi lagu lama lebih berjiwa. Susunan muziknya kemas dan teliti, malah disempurna­kan oleh mereka yang arif dalam bidang berkaitan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia