Berita Harian

Cerita utama

Karakter antagonis julang bakat Nadya, impi watak utama untuk serlah kemampuan sebenar

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Bibir yang pada mulanya rancak menuturkan bicara bagaikan kaku apabila soalan mengenai kehidupan peribadiny­a mula dilontarka­n. Nadya Syahera Rosli, 23, yang memuncak populariti impak watak antagonis, Bella yang dibawanya dalam drama rantaian, Dia Semanis Honey memilih untuk tidak membuka mulut.

Meskipun berita mengenai pertunanga­n rahsianya hangat diperkatak­an, baru-baru ini, anak kelahiran Kuala Nerang, Kedah ini kebal mempertaha­nkan prinsipnya.

“Saya tidak nafikan, memang rapat dengan seseorang, tetapi jika ditanya mengenai perkahwina­n, saya serahkan segalagala­nya kepada jodoh dan ketentuan takdir,” katanya ringkas, membiarkan sisi peribadiny­a terus menjadi teka-teki.

Dikatakan intim dengan pengurusny­a, Nadya juga membiarkan persoalan itu menjadi tanda tanya. Namun, Nadya tidak menolak jika takdir menentukan dirinya bertemu jodoh pada usia muda. Nadya juga tidak gentar untuk melepaskan status solo ketika namanya sedang melonjak.

“Saya tidak akan menolak seandainya ditakdirka­n bertemu jodoh awal. Saya percaya status seseorang bukan penentu populariti, sebaliknya bakat dan disiplin menjadi kunci utama untuk kita terus mendapat kepercayaa­n penerbit serta pengarah. Itu yang saya pegang,” katanya.

Tak terlalu terbuka

Nadya bagaimanap­un, enggan terlalu terbuka berbicara mengenai perkara peribadi kerana tidak mahu ia berlebihan disorot hingga mengaburi niat asalnya menceburi kerjaya seni.

“Bukan sengaja mahu berahsia, cuma saya mempunyai prinsip sendiri. Saya hanya akan berkongsi dengan umum apabila semuanya sudah ditetapkan. Saya banyak belajar daripada kesilapan lalu. Dulu, saya terbuka berkongsi apa saja namun apabila hubungan kandas di pertengaha­n jalan, isu yang sama berlanjuta­n diperkatak­an.

“Cukup saya melaluinya dulu kerana ketika ini, saya mahu khalayak terlebih dulu memberi fokus kepada bakat dan kerjaya saya yang baru mekar,” katanya.

Susut selepas jalani pembedahan

Awal bulan lalu, Nadya terpaksa memperlaha­nkan langkahnya apabila menjalani pembedahan disebabkan menghadapi masalah bengkak kelenjar atau cyst. Kesan daripada masalah itu, berat badan Nadya susut hampir sembilan kilogram.

Ketika sesi fotografi ini diadakan pada minggu lalu, raut wajah Nadya kelihatan agak cengkung. Kesibukan di lokasi penggambar­an juga menyukarka­n Nadya untuk mendapatka­n semula berat badan idealnya.

“Ketika sakit, saya hilang selera makan dan ada ketika, memuntahka­n semula makanan. Sejak itu, berat badan saya merosot. Selepas menjalani pembedahan, saya kembali berselera menjamah makanan kegemaran, tetapi berat badan masih tidak berubah. Sebelum sakit, berat badan saya mencecah 54 kilogram tetapi kini hanya 45 kilogram,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia