Berita Harian

Melangkah ke pentas teater

-

Jodoh Sebelah Pintu, Isteri Separuh Masa, Maid Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Honey Dia Semanis Aku Bukan Haji Dia Semanis Honey. masih belum pulih sepenuhnya, Nadya mengelak daripada menerima pelbagai tawaran serentak untuk memastikan dirinya mendapat rehat yang cukup. Ketika ini, fokus masih diberikan kepada penggambar­an drama rantaian, Abang Bomba I Love You.

Selesai penggambar­an drama itu, graduan Universiti Selangor (UNISEL) ini akan menumpukan perhatiann­ya kepada pementasan teater pertamanya, Dia Semanis

Honey yang bakal dipentaska­n di Panggung Sari, Istana Budaya bulan depan.

“Sukar untuk saya bayangkan kerana ini pengalaman pertama membintang­i teater. Saya akui agak gementar kerana selain berganding­an dengan barisan pelakon hebat, saya juga dituntut menyanyi dan menari. Saya masih terlalu baharu dalam dunia lakonan.

“Ketika ini, saya masih kekok beraksi di depan kamera, tetapi teater muzikal itu pula memerlukan saya beraksi secara langsung. Semua itu membuatkan saya berdebar,” katanya.

Teroka cabang baharu

Meskipun gusar, Nadya bersyukur kerana pembabitan­nya dalam beberapa drama sebelum ini membuka ruang kepada dirinya untuk meneroka cabang baharu dalam kerjaya seninya. Sinonim dengan watak antagonis, Nadya keberkesan­an karakter Bella yang dibawanya dalam Dia Semanis Honey menyebabka­n peminat menegurnya dengan nama itu.

“Peminat masih memanggil saya dengan nama Bella. Malah, mereka tetap mengaitkan saya dengan Bella meskipun kini, saya membawakan karakter Mawar dalam Abang Bomba I Love You. Alhamdulil­lah, karakter Bella membuka mata umum terhadap bakat saya.

“Biarpun kehadiran sudah mula disedari, namun saya masih kekok apabila ditegur peminat. Perhatian yang diberi membuatkan saya lebih berhati-hati. Dulu, saya tidak begitu kisah menyarung apa saja sebelum keluar tetapi kini, saya mula menjaga penampilan dan tingkah laku.

“Saya tidak mahu nanti dikaitkan dengan cerita negatif kerana peluang ini sudah lama saya impikan,” katanya.

Pertahan nama baik

Mencuba nasib sejak usia belasan tahun, namun rezeki terlebih dulu menyebelah­inya apabila ditawarkan sebagai model untuk busana Muslimah. Nadya bagaimanap­un, berusaha keras untuk merealisas­ikan impiannya untuk menjadi pelakon.

“Apabila peluang itu sudah di depan mata, saya enggan mensia-siakan kepercayaa­n yang diberi. Mungkin kebelakang­an ini, saya kerap diberikan watak antagonis tetapi ia bukan masalah besar. Saya berusaha memperting­katkan mutu lakonan dan cuba memberikan yang lebih baik.

“Alhamdulil­lah, kredibilit­i saya mula diberi perhatian dan peminat juga menerima karakter yang dibawa.

Sesekali, saya teringin untuk keluar dari ruang selesa dan mencuba karakter berbeza. Tidak dinafikan, saya mahu membawa watak utama tetapi apakah saya layak?

“Sekiranya diberi peluang, pastinya saya tidak akan menolak kerana ia adalah impian setiap pelakon baharu,” katanya yang mengagumi lakonan Nabila Huda dan Scha Alyahya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia