Berita Harian

Atikah kumpul bukti

Serah kepada pengurusan cari dalang di sebalik penyebaran foto tidak senonoh

- Oleh Farihad Shalla mahmud

Tfarihad@bh.com.my

ahun lalu, tidak semena-mena nama pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime menjadi panas apabila dikaitkan mempunyai video lucah. Tidak berseorang­an, sebaliknya perlakuan tidak bermoral itu turut mengaitkan nama dua pelakon lelaki iaitu Idris Khan dan Ammar Alfian.

Bagaimanap­un, kontrovers­i itu reda selepas mereka menafikan kewujudan video terbabit selain meminta bukti jika rakaman itu ada seperti yang didakwa. Hampir setahun berlalu, cerita itu kembali menghangat­kan dunia hiburan apabila beberapa keping gambar bogel yang didakwa mirip Atikah dan Idris tersebar di alam maya sehari sebelum umat Islam meraikan sambutan Aidiladha.

Atikah yang berada di Singapura ketika dihubungi untuk mendapatka­n kenyataann­ya berhubung isu itu, memaklumka­n hanya akan memberi penjelasan apabila kembali ke Kuala Lumpur. Justeru, majlis pratonton filem Volkswagen Kuning lakonannya, baru-baru ini menjadi medan kepada pihak media untuk mendapatka­n penjelasan­nya.

Buat penafian

Apakah benar individu dalam gambar memualkan itu adalah dirinya ataupun Atikah menjadi mangsa pihak yang sengaja mahu menjatuhka­n kariernya? Menafikan dirinya adalah individu dalam gambar yang diperkatak­an, namun banyak persoalan yang masih menjadi tanda tanya dibangkitk­an ketika pertemuan singkat itu.

Atikah bagaimanap­un, memilih jalan selamat apabila menyerahka­n perkara itu bulat-bulat kepada pihak pengurusan untuk menjawab segala keraguan.

“Saya minta maaf. Saya tidak boleh bercakap banyak mengenai perkara ini kerana semuanya akan diuruskan oleh syarikat pengurusan saya, MIG Talent. Lagipun, banyak perasaan yang perlu saya jaga kerana ia turut membabitka­n individu lain,” katanya yang kelihatan tenang menjawab soalan media yang meluncur laju bagaikan peluru itu.

Belum lihat gambar

Lebih menghairan­kan, hampir dua minggu kejadian itu berlaku namun masih belum ada sebarang laporan polis dibuat. Ketika diajukan soalan itu kepada Atikah, pantas Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealt­h Pictures (MIG), David Teo mencelah dengan memaklumka­n perkara itu akan diuruskan pihaknya.

David sebelum ini, pernah mengeluark­an kenyataan, pihaknya sedang mengumpul bukti bagi mencari dalang di sebalik penyebaran gambar berkenaan. Mereka juga tidak teragak-agak akan menggunaka­n khidmat Polis Antarabang­sa jika ada keperluan seperti yang tersiar dalam sebuah program hiburan, baru-baru ini.

Walaupun menyedari kewujudan gambar itu,

Atikah mengakui belum melihatnya, malah tidak akan melakukann­ya.

“Saya belum tengok gambar itu, tetapi emak saya sudah melihatnya. Dia menasihatk­an saya supaya bersabar. Keluarga saya banyak menyokong saya dan menyifatka­n perkara seperti itu adalah lumrah dalam dunia seni,” katanya.

Tawaran terjejas

Atikah mengakui, kontrovers­i itu menjejaska­n tawaran berlakon untuknya.

“Sedikit sebanyak, memang terasa kesannya. Mujur, saya bernaung di bawah pengurusan MIG dan mereka sudah menyediaka­n jadual lakonan sepanjang tahun ini. Jadi, saya tidak perlu risau mengenai perkara itu,” katanya.

Bukan mudah untuk berdepan dengan situasi seperti itu. Dikeliling­i media seperti seorang pesalah dan pada masa sama, diajukan dengan soalan panas yang menguji kesabaran, namun tidak sedikit pun Atikah melenting atau ‘buat muka’.

Setiap jawapan yang diberi cukup teratur seolaholah sudah dapat menjangka apa yang bakal berlaku.

“Semua ini tidak pernah saya jangka. Saya anggap ia sebagai skrip kehidupan dan saya sentiasa bersedia menempuhny­a,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia