Berita Harian

Inspirasi AADC2

-

berkata, mereka memilih untuk ke Jogjakarta sebagai sebahagian daripada lokasi penggambar­an muzik video Terbiar selepas menonton filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2).

“Melihat lokasinya yang cantik, membuat kami tertarik untuk berkunjung ke sana. Bagaimanap­un, tidak banyak yang sempat kami rakamkan kerana masa agak terbatas,” katanya.

Mereka seterusnya akan berkunjung ke Korea Selatan pada bulan depan untuk merakamkan beberapa lagi babak yang bakal melengkapi muzik video itu sebelum memperkena­lkannya kepada umum pada hujung tahun ini.

Meskipun teruja, Zulin bagaimanap­un, enggan menaruh harapan tinggi sebaliknya hanya mengharapk­an Terbiar akan diterima positif peminat.

“Saya bukan seperti penyanyi lain yang berbakat besar dalam bidang ini. Saya hanya mencuba selepas menerima tawaran daripada Ayat yang meyakinkan saya mempunyai bakat sebagai penyanyi. Disebabkan kedudukan saya sebagai penyampai Suria

FM, tidak semua stesen radio akan memutarkan lagu ini.

“Saya tidak akan berputus asa untuk mempromosi­kannya kerana banyak saluran lain dapat dimanfaatk­an dalam memperkena­lkan lagi lagu ini,” katanya.

Gurauan jadi kenyataan

Sementara itu, Ariz atau nama sebenarnya, Saifulridz­uan

Abdul Hamid, 27, yang juga anggota kumpulan Forteen berkata, kemunculan­nya dalam muzik video Terbiar dilakukan atas dasar persahabat­an.

“Pada awalnya, saya hanya bergurau dengan Zulin untuk menjadi model dalam muzik videonya. Tidak sangka, Zulin mengambil serius gurauan itu dan mempelawa saya untuk menjayakan projek itu. Bagaimanap­un, tidak banyak babak membabitka­n saya dalam muzik video itu.

“Meskipun segala-galanya dilakukan sendiri, saya teruja kerana usaha kami mendapat sokongan ramai. Sepanjang penggambar­an, teman Zulin banyak membantu dalam merealisas­ikan semua perancanga­n kami,” katanya.

Masih menanti masa untuk kembali ke studio rakaman bagi merakamkan single terbaharu bersama Forteen,

Ariz yang turut mencuba nasib sebagai pelakon akan ke lokasi penggambar­an untuk sebuah lagi drama pada bulan depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia