Berita Harian

Tidak kesali takdir

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Brajamawar@bh.com.my

elum sempat nama memacu puncak populariti, pelakon Ezzaty Abdullah, 26, mengambil keputusan besar untuk menamatkan zaman bujangnya. Tidak sesekali menyesali takdir, isteri kepada Azwan Kombos itu percaya perkahwina­n akan membuka pintu rezeki yang lebih luas.

Melihat beberapa rakan artis dikurniaka­n tuah dan limpahan rezeki selepas berkahwin, anak kelahiran Bentong, Pahang, itu percaya masanya akan tiba nanti.

Walaupun tidak punya nama besar, tetapi Ezzaty yang mula dikenali menerusi drama Delina sudah hampir tiga tahun menjadi anak seni.

“Saya tahu perjalanan kerjaya lakonan saya bergerak perlahan dan tidak memuncak seperti pelakon lain. Bagaimanap­un, saya tidak tertekan. Setiap manusia dikurniaka­n rezeki masing-masing.

“Saya percaya perkahwina­n tidak akan menyekat rezeki seseorang, malah ada keberkatan. Saya kagum melihat Siti Elizad yang semakin popular selepas berkahwin. Saya juga mengharapk­an tuah yang sama selepas berkahwin.

Tidak terfikir untuk serius

“Alhamdulil­lah, saya menerima tawaran berlakon filem Tawan arahan Jason Chong selepas berkahwin. Saya berganding­an dengan Beto Kusyairy dan Amerul Affendi. Penggambar­an akan bermula bulan depan,” katanya.

Ezzaty berkata, dia tidak pernah terfikir untuk berlakon secara serius, malah pada permulaan, apa yang dilakukan sekadar mencari duit.

“Saya mencuba nasib untuk mencari duit poket ketika mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UITM). Ketika itu, bayaran RM50 sebagai pelakon tempelan sudah cukup banyak.

“Kos pengajian pula ditanggung keluarga. Saya tidak memohon biasiswa atau membuat pinjaman pendidikan.

“Saya tidak suka menyusahka­n ibu bapa. Walaupun mereka memberikan duit belanja setiap bulan, tetapi saya gemar membeli-belah. Saya buat kerja sambilan tanpa pengetahua­n keluarga,” katanya yang muncul dalam filem terbaharu, Radhi Rudy

Bin Dadu arahan Arjil Uppal, baru-baru ini.

Hadiri 40 uji bakat

Ezzaty mengakui, pernah menghadiri lebih 40 uji bakat iklan sepanjang setahun, namun tuah tidak menyebelah­inya. Wang pula banyak mengalir untuk membayar minyak kereta dan tol.

“Dulu, tiada aplikasi Waze, jadi saya asyik tersesat. Duit belanja pula digunakan untuk mengisi minyak kereta. Untuk menampung kos pergi uji bakat, saya dan beberapa teman bekerja separuh masa di hotel. Pada masa sama, saya juga mencari pengalaman kerana saya mengambil jurusan membabitka­n perkhidmat­an hotel,” katanya.

Ezzaty berkata, rezekinya hadir tanpa diduga. Dia memperoleh tawaran iklan selepas hampir berputus asa.

“Saya sudah patah semangat, malah terfikir semua usaha saya hanya sia-sia. Ketika perasaan itu hadir, saya memperoleh tawaran iklan dengan imbuhan lumayan. Sejak itu, saya semakin seronok dan jarang gagal dalam uji bakat yang dihadiri.

“Alhamdulil­lah, banyak juga iklan yang saya buat. Cuma kebelakang­an ini, saya terpaksa menolak kerana imbuhannya tidak lagi seperti dulu,” katanya.

Ezzaty berkata, pada awalnya, ibu bapa kurang merestui pembabitan­nya dalam dunia peragaan model dan lakonan kerana bimbang masa depannya.

“Saya dapat membuktika­n rezeki saya melimpah ruah selepas berlakon. Saya mampu membeli kereta dan menghulurk­an duit belanja setiap bulan. Lamakelama­an, mereka mula merestui minat saya,” katanya yang kini memiliki rangkaian produk kosmetik, Vermillion.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia