Berita Harian

Bukan pelakon tangkap muat

Aidit terima watak utama, enggan dianggap sekadar pertaruh rupa

- Oleh Fatin Farhan a Ariffin

Lfatin.farhana@bh.com.my

angkahnya baru lebih setahun bermula, namun kemunculan­nya sudah meninggalk­an impak yang tersendiri. Dalam tempoh singkat itu, Aidit Noh dibanjiri pelbagai tawaran dan apa yang dinikmatin­ya ketika ini, adalah sesuatu yang di luar jangkaan.

Bermula dengan menyertai pertanding­an pencarian wajah Himbyhatta, dua tahun lalu seterusnya merangkul juara, Aidit atau nama lengkapnya, Ahmad Aidit Noh, 23, tidak menduga perjalanan­nya mencipta nama dipermudah­kan. Bermula hanya dengan watak tambahan, Aidit kini meraih kepercayaa­n penerbit untuk menggalas peranan utama.

“Saya langsung tidak mempunyai asas dalam lakonan. Tidak sangka, kejayaan meraih gelaran juara membuka langkah saya sebagai pelakon. Bayangkan ketika kebanyakan teman seangkatan cenderung fokus kepada kerjaya peragaan, saya mengambil risiko dengan beralih kepada lakonan,” katanya.

Aidit baru menyelesai­kan penggambar­an drama rantaian, Sweetie Nanie berganding­an dengan Nadia Brian. Bakal menghiasi slot Lestary di TV3 bermula 29 September ini, drama itu adalah produksi pertama yang mempertaru­hkan bakatnya membawa watak utama.

“Saya akui agak takut memikirkan slot itu sering mencatat jumlah tontonan tertinggi. Saya masih baharu, membuatkan saya gusar jika memberikan persembaha­n yang mengesanka­n. Saya tidak mahu dianggap sekadar mempertaru­hkan rupa, tetapi bakat tidak sehebat mana.

“Saya anggap semua ini rezeki yang tidak harus dilepaskan. Jadi saya tidak mencabar diri, bagaimana saya mahu memperbaik­i kekurangan. Pengalaman di lokasi memberikan saya ruang untuk belajar dan mengenal pasti kelemahan. Saya agak selektif dalam pemilihan watak kerana tidak mahu berlakon sekadar tangkap muat.

“Saya bersyukur kerana pengarah, Pali Yahya banyak membantu melenturka­n lakonan. Saya akui masih kaku di depan kamera namun tunjuk ajar pengarah membuatkan saya semakin selesa di lokasi penggambar­an,” katanya.

Minat ditentang keluarga

Turut diberi kepercayaa­n sebagai pengacara program,

Fesyen Mania di RTM,

Aidit masih meneruskan pengajiann­ya dalam jurusan Kejurutera­an Pesawat di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UNIKL MIAT).

Mengakui agak sukar untuk membahagik­an masa antara kerjaya seni dengan pengajian, Aidit berusaha memastikan impiannya menggengga­m segulung ijazah menjadi kenyataan. Aidit enggan mempersia-siakan pengajiann­ya yang masih berbaki setahun lagi.

“Pada permulaan, keluarga menentang keinginan saya untuk mencuba bidang seni. Mereka hanya bersetuju apabila saya berjanji untuk tidak sesekali mengabaika­n pengajian. Disebabkan itu, saya terpaksa memilih tawaran kerana tidak mahu pengajian terganggu,” katanya.

Aidit berkata, tawaran hanya diterimany­a ketika musim cuti semester kerana tidak mahu fokusnya terganggu. Baginya, tidak guna mengejar pelbagai tawaran tetapi tidak mampu memberikan hasil yang maksimum.

“Saya bersyukur kerana produksi memahami. Saya tidak terbeban kerana ada di antara produksi bersetuju penggambar­an membabitka­n saya dilakukan pada hujung minggu atau ketika cuti semester. Saya tidak mampu menumpukan sepenuh masa kepada lakonan kerana terikat dengan kelas dari Isnin hingga Khamis,” katanya.

Tempias gosip Ayda, Dynas

Pernah dikaitkan menjalin cinta dengan Ayda Jebat dan Dynas Mokhtar, Aidit menyifatka­n semua itu hanya gosip yang sengaja dibangkitk­an untuk mencetuska­n sensasi.

“Saya akui rapat dengan Ayda ketika membintang­i drama Sesal Separuh Nyawa. Kami sering memuat naik foto bersama untuk mempromosi­kan drama itu. Bermula dari situ, ramai yang membuat andaian kami mempunyai hubungan mesra.

“Saya tidak hanya rapat dengan Ayda, tetapi turut selesa dengan Nina Nadira. Memang kami mesra, tetapi tidak bermakna kami menjalin hubungan cinta. Begitu juga dengan Dynas. Kami rapat apabila saya menjadi model untuk promosi perniagaan­nya. Kami pernah keluar bersama, tetapi hanya sebagai kawan,” katanya. sebagai model selepas memenangi pertanding­an pencarian wajah Himbyhatta. Antara drama yang pernah dibintangi­nya adalah Cinta Nasi Ambeng, Jodoh Sebelah Pintu, Meh Sandar Pada Aku dan Sesal Separuh Nyawa.

Solekan: Mukhlis Idris (Instagram: muks83)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia