Berita Harian

Kekurangan bukan alasan cipta kejayaan

Pencapaian cemerlang atlet Paralimpik beri inspirasi untuk kejar cita-cita

-

dan satu gangsa disumbangk­an untuk melonjakka­n lagi nama negara. Kejayaan yang cukup meninggalk­an pelbagai kesan ini begitu menyentuh perasaan warga Malaysia.

Mereka yang pulang ke tanah air kelmarin, diraikan seperti wira yang menang dalam pertempura­n. Selayaknya mereka disambut meriah dan diberi penghormat­an. Mohamad Ridzuan Mohamad

Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly sebelum ini, pernah menempa nama di pentas antarabang­sa dengan memenangi pingat di pelbagai kejohanan bertaraf dunia.

Hari ini, terbukti kerja keras mereka membuahkan hasil dan buat julung kali, menaiki podium dan lagu Negaraku berkumanda­ng di temasya Sukan Paralimpik terbesar dunia. Tiga kali dengan penuh rasa bangga, kita turut menyanyika­n lagu kebangsaan itu di tanah air.

Beri inspirasi

Kejayaan atlet Paralimpik ini secara peribadi, memberi inspirasi kepada Liza. Ada ketika, Liza pernah hampir berputus asa dengan apa yang Liza usahakan. Melihatkan kejayaan mereka yang tidak menjadikan kekurangan sebagai alasan, apatah lagi kita yang lengkap dan sempurna segala-galanya.

Mereka mungkin kekurangan dari segi fizikal, tetapi semangat mereka lebih waja berbanding kita yang serba-serbi sempurna. Masih Liza ingat, lapan tahun lalu ketika kali pertama menjejakka­n kaki ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Liza masih lagi tidak jelas dengan haluan dan masa depan Liza.

Jujur, Liza masih tercari-cari arah ketika itu. Hanya seorang yang menyokong dan memberi galakan, sedangkan ramai yang lain memandang dengan 1,001 cemuhan, malah ingin melihat Liza jatuh. Mereka tidak yakin

Liza mampu menggapai cita-cita. Suara yang satu itu terus memberi galakan dan dorongan hingga

Liza masih lagi berdiri di sini.

Dalam setiap apa yang dilakukan, usaha keras perlu seiring untuk menggapai kejayaan di samping semangat juang yang tinggi. Bagi Liza, itu perlu. Tanpa semangat dan azam, kita sebagai manusia lazimnya akan menggunaka­n segala kelemahan sebagai alasan ketika gagal mencapai apa yang diidamkan.

Teruskan semangat

Kita jarang menggunaka­n kelemahan itu untuk kembali mengkaji silap dan memperbaik­i kekurangan hingga mencapai kejayaan yang diimpikan. Jika menyedari kemampuan diri, berusaha keras untuk mendapatka­n kejayaan. Insya-allah, suatu hari nanti, akan ada sesuatu yang dapat dibuktikan kepada mereka yang tidak pernah mempercaya­i kemampuan kita.

Untuk pembaca ruangan

Liza yang masih lagi memburu kejayaan, teruskan berusaha. Ingat, kejayaan tidak pernah datang bergolek. Kita harus bangun dan jatuh untuk mengecapi kejayaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Aksi Muhammad Ziyad selepas memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016.
Aksi Muhammad Ziyad selepas memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016.
 ??  ?? Mohamad Ridzuan antara atlet OKU kebanggaan negara.
Mohamad Ridzuan antara atlet OKU kebanggaan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia