Berita Harian

Mel setia bersama Sakura Band

Tidak terfikir bergerak solo, hormati usaha kumpulan bawa nama melangkah jauh

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

Bmohdaizat@bh.com.my

ergerak dalam kumpulan membentang­kan cabaran tersendiri kerana tidak banyak yang mampu bertahan lama dan membina reputasi tinggi. Bagaikan lumrah, ketika kejayaan mula mendakap, ada di antara vokalis mengorak langkah dengan merintis kerjaya solo.

Bagi vokalis kumpulan Sakura Band, Melley Matius atau Mel yang menjadi bunga dalam kalangan tiga jejaka, dirinya akan tetap setia bersama band yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu. Jatuh bangun band yang juga anak didik kepada kumpulan 6ixth Sense, Mel tetap utuh bersama.

Selain Mel, Sakura Band turut dianggotai Mohd Haikal Mohd Zainin (Akai/bass), Ali Ezzati Musavi Abd Malek (Ali/gitar utama) dan Muhammad Haniff Johari (Hanif/gitar kedua).

“Saya tidak pernah terfikir untuk bergerak solo dengan menghasilk­an single sendiri.

Saya beranggapa­n apa yang kami peroleh kini adalah rezeki bersama. Sekiranya saya mengambil keputusan bergerak solo, penerimaan peminat mungkin berbeza.

“Saya tidak boleh hanya fikirkan diri, sebaliknya harus memikirkan kepentinga­n anggota lain. Kami bertuah kerana mempunyai pasukan yang menjadi tulang kepada kepada kekuatan band. Usaha mereka memacu nama Sakura Band harus saya hormati,” katanya.

Sebagai anggota tunggal wanita dalam kumpulan itu,

Mel mengakui ia memberi sedikit kelebihan kepada Sakura Band untuk lebih dikenali.

“Industri muzik ketika ini, ketandusan band yang mempunyai vokalis wanita. Sebelum ini, ada beberapa band yang cuba mengetenga­hkan konsep sama, tetapi tidak mampu melangkah jauh. Malah, ada di antaranya yang sudah terkubur.

“Tidak sukar untuk saya menyesuaik­an diri dengan tiga anggota lain. Selepas empat tahun bersama, kami sudah faham karakter masing-masing. Mereka juga menghormat­i, malah sentiasa melindungi saya sebagai anggota tunggal wanita dalam kumpulan ini,” katanya.

Polaroid ubah persepsi peminat

Mel berkata, kehadiran single ketiga mereka, Polaroid mengubah persepsi peminat terhadap Sakura Band. Sebelum ini, ada yang beranggapa­n mereka berasal dari Indonesia, malah tidak kurang yang membuat andaian Sakura

Band cuba meniru karakter muzik anime Jepun.

Karya berentak Pop Dance yang diterapkan dalam Polaroid, bagaimanap­un membenamka­n seluruh andaian itu. Lagu itu juga membantu membentuk identiti muzik Sakura Band.

“Sebelum ini, kami menggunaka­n khidmat komposer lain untuk menghasilk­an lagu. Pengalaman bagaimanap­un, memberikan kami keyakinan untuk mengetenga­hkan karya sendiri. Kami tidak menyangka lagu ini pantas menjadi pilihan pendengar, selain mesra radio.

“Penerimaan peminat terhadap Polaroid membuktika­n kami sudah menemui muzik yang menjadi identiti Sakura Band. Penerimaan positif ini memberikan kami cabaran untuk menghasilk­an single seterusnya. Kami perlu bekerja keras menghasilk­an karya yang setaraf atau lebih baik daripada Polaroid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia