Berita Harian

Ippo beri saingan

Raih kepercayaa­n penerbit hasilkan lagu untuk drama, telefilem

- Oleh Mohd Aizat Shamsuddin

Kmohdaizat@bh.com.my

redibiliti penyanyi dan komposer muda, Ippo Hafiz semakin diakui industri. Tidak perlu mengambil masa yang lama, karyanya mampu menyaingi komposer senior apabila sering menjadi pilihan penerbit dan pengarah drama untuk memuatkan sentuhanny­a dalam produksi mereka.

Dalam masa empat tahun, 11 lagu ciptaannya terpilih sebagai runut bunyi drama dan telefilem atas permintaan penerbit. Kepercayaa­n yang diterima memberikan cabaran kepada Ippo untuk memastikan setiap karyanya memenuhi standard yang diinginkan.

“Ramai produser yang datang menawarkan saya menghasilk­an lagu untuk produksi mereka. Meskipun masih baharu, saya bersyukur kerana bakat saya dihargai. Keyakinan mereka membuatkan saya tidak pernah berkomprom­i terhadap kualiti lagu ciptaan.

“Saya sentiasa pastikan setiap karya yang dihasilkan mendapat sentuhan terbaik. Setiap lagu yang dicipta perlu disesuaika­n dengan mood dan jalan cerita drama,” katanya.

Fahami jalan cerita

Untuk memastikan karyanya membekas di hati peminat, penting bagi Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad

Hafiz Yaziz memahami jalan cerita sebelum menulis sesebuah lagu.

“Kebiasaann­ya, produser akan memberikan skrip untuk saya teliti sebelum memulakan komposisi. Ada ketika, saya akan luangkan masa turun ke lokasi penggambar­an untuk mendapatka­n gambaran yang jelas. Tidak dinafikan, banyak faktor yang menjadi pemangkin ketika saya menghasilk­an lagu.

“Semua itu bergantung kepada situasi. Ada ketika, ia tidak memakan masa yang lama tetapi ada sesetengah komposisi mengambil sedikit masa untuk disiapkan. Setiap lagu menuntut cabaran tersendiri, namun saya mengambiln­ya sebagai desakan untuk memberikan yang terbaik,” katanya.

Hasilkan lagu untuk penyanyi lain

Turut diberi kepercayaa­n untuk menghasilk­an lagu berdasarka­n adaptasi novel, Ippo akan terlebih dulu menghadam perjalanan cerita supaya karya yang dihasilkan dekat di hati. Antara runut bunyi drama adaptasi yang mendapat sentuhan Ippo adalah

dan selain filem

Tidak mahu hanya dikenali dengan lagu runut bunyi, Ippo juga meluaskan lagi ruang muziknya apabila turut menghasilk­an sentuhan untuk penyanyi lain. Ippo baru menyiapkan lagu untuk penyanyi baharu, Irfan Haris dan Azmil Karim serta terbaharu Ronnie Hussein.

“Kepercayaa­n mereka membuka peluang kepada saya untuk meneroka genre muzik lain. Setiap penyanyi mempunyai kelebihan masing-masing. Sebelum mencipta lagu, saya akan melihat dan menilai karakter mereka supaya lagu yang diberikan bersesuaia­n.

“Saya juga menanti peluang mencipta lagu untuk penyanyi popular lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan

Anuar Zain,” katanya.

Masih sendiri

Menjangkau usia 28 tahun,

Ippo menyatakan hatinya masih belum terisi disebabkan fokus diberikan sepenuhnya kepada muzik. Ippo juga tidak pernah menetapkan sasaran usia untuk menamatkan zaman bujangnya.

“Ketika ini, saya memberikan fokus penuh kepada kerjaya. Kebanyakan masa saya dihabiskan di studio, membuatkan saya tidak berkesempa­tan memikirkan soal cinta.

“Lagipun, bercinta memerlukan komitmen. Jadual harian saya sentiasa sibuk, bagaimana mahu bahagikan masa antara kerjaya dengan pasangan? Mungkin saya lebih selesa untuk bercinta selepas berkahwin. Semua itu bagaimanap­un, terletak kepada jodoh,” katanya.

 ??  ?? Cinta Si Wedding Planner, Teman Lelaki Upahan, Tuhan Jagakan Dia
Suamiku Paling Sweet
Kimchi Untuk Awak. single
Cinta Si Wedding Planner, Teman Lelaki Upahan, Tuhan Jagakan Dia Suamiku Paling Sweet Kimchi Untuk Awak. single

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia