Berita Harian

Semangat masih membara

Nubhan teruskan minat dalam nyanyian biarpun dua single terdahulu gagal lonjak nama

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Nubhan mula mencipta nama menerusi lagu, Ada Untukmu pada tahun 2008 seterusnya merakamkan lagu duet bersama Mila, Cinta Kasih selain single, Kisah Kasih. Nubhan adalah pemenang tempat ketiga program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim keenam. Nubhan menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihan hati, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek pada Ogos tahun lalu. Impian mereka untuk menimang cahaya mata masih belum menjadi kenyataan selepas isterinya mengalami keguguran pada Januari lalu. Selain menyanyi, Nubhan turut menguruska­n perniagaan kosmetik, Juwita Divine.

Hfatin.farhana@bh.com.my

ampir setahun menyepikan diri untuk memberi fokus kepada perniagaan, bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasia ini kembali mengukuhka­n tapaknya dalam bidang nyanyian. Kerinduan yang sentiasa menggamit membuatkan Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 30, tidak mampu melupakan bidang yang sentiasa menjadi minatnya.

Nubhan berkata, pada awal penubuhan Nubhan Ventures yang menghasilk­an produk kosmetik, Juwita Divine, dirinya terpaksa memberikan fokus penuh untuk memahami rentak dan perjalanan­nya. Situasi itu mendesak Nubhan supaya melupakan seketika minat terhadap nyanyian.

“Saya tidak mampu melakukan banyak kerja dalam satu masa, jadi saya perlu memilih antara dua. Saya berikan dulu tumpuan kepada perniagaan dan memastikan usaha saya tidak sia-sia. Apabila perjalanan­nya semakin stabil dan saya mula memahami rentaknya, saya yakin mampu membahagik­an masa dengan baik.

Gagal pertahan momentum

“Saya tidak akan meninggalk­an dunia nyanyian kerana saya bermula dengannya. Minat menyanyi sentiasa ada dalam diri, membuatkan saya tidak mahu berganjak. Memang ketika ini, fokus utama saya adalah perniagaan, tetapi saya mahu kedua-dua minat bergerak seiring,” katanya.

Selepas mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos tahun lalu, momentum perjalanan kerjaya seni Nubhan perlahan-lahan suram. Dua single yang dihasilkan iaitu Kisah Kasih dan Cinta Kasih duet bersama Mila Jirin gagal mempertaha­nkan populariti yang pernah dikecapiny­a.

Berbicara mengenai perkara itu, Nubhan berkata, glamor dan populariti bukan lagi keutamaann­ya. Cukup baginya, lagu yang dihasilkan mendapat perhatian peminat kerana dari situ, dirinya menemui kepuasan yang dicari.

“Lumrah kehidupan, pasti akan ada naik dan turunnya. Setiap kali menghasilk­an lagu baharu, pasti saya menyimpan impian usaha itu akan membuahkan hasil. Namun, tidak semua yang kita impikan menjadi kenyataan. Biarpun percubaan sebelum ini gagal, saya tidak menyerah kalah.

“Ia bukan penghujung kerjaya nyanyian saya, sebaliknya membuka lebih banyak peluang baharu untuk mencuba,” katanya.

Bagi Nubhan, sokongan peminat yang sentiasa menanti produk terbaharu membakar semangatny­a untuk kembali mencuba.

“Ramai yang bertanya, apakah saya sudah tidak lagi menyanyi? Apabila sering ditanya soalan yang sama, itu bermakna saya masih diperlukan. Peminat masih mahu mendengar suara saya,” katanya.

Single terbaharu November

Menghilang­kan kerinduan peminat, Nubhan akan merakamkan single terbaharu, Rinduku Serindurin­dunya yang dijangka menemui peminat pada November nanti.

“Saya berharap lagu ini akan menaikkan semula nama saya sebagai penyanyi. Secara tidak langsung, kemunculan single ini memberi isyarat kepada peminat, saya masih menyanyi. Saya tahu peminat tidak pernah melupakan saya, membuatkan saya menghargai sokongan mereka.

“Saya kembali bersemanga­t untukmenya­nyikeranam­ereka. Kesetiaan mereka membuatkan saya ingin terus kekal dalam industri. Saya akan memastikan perniagaan dan nyanyian berjalan seiring,” katanya.

Selain menyanyi, Nubhan juga bersedia menerima tawaran lakonan selepas sekian lama menolak peluang beraksi di hadapan kamera.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia