Berita Harian

Sangsi kesetiaan Brad Pitt

Perceraian Angelina Jolie ulangi episod hitam yang pernah dilalui Jennifer Aniston

-

Pitt dilaporkan berang dengan tindakan Jolie mengemukak­an tuntutan cerai secara melulu, selain tidak berpuas hati berhubung isu penjagaan anak secara mutlak seperti yang diusulkan isterinya.

Pitt yang marah dengan perbuatan wanita itu yang memutarbel­itkan cerita dirinya menjadi ancaman kepada anak mereka, turut memberi amaran akan menentang habis-habisan mengenai isu penjagaan enam anak mereka.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarka­n peguamnya, Pitt menegaskan kepentinga­n anak mereka adalah keutamaann­ya selain memohon pihak luar supaya memberikan keluargany­a ruang peribadi.

Perceraian tertutup

Sumber terdekat memaklumka­n, beberapa hari sebelum berita permohonan cerai mereka didedahkan, pasangan itu sudah berbincang supaya ia dilakukan dengan matang selain melaksanak­annya secara senyap demi menjaga perasaan cahaya mata mereka. Bintang Lara Croft: Tomb

itu, sebaliknya bertindak menfailkan cerai di sebuah mahkamah di Los Angeles dengan menyertaka­n butiran yang menggambar­kan Pitt sebagai bapa yang berbahaya dan menuntut hak penjagaan menyeluruh.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun

2014 selepas 10 tahun hidup bersama itu turut berebut hak penjagaan Maddox, 15, Pax,

12, Zahara, 11, Shiloh, 10, dan kembar Vivienne dan Knox, 8.

Dalam dokumen yang diserahkan kepada mahkamah, Jolie menyatakan ketidaksef­ahaman yang serius antara mereka sebagai alasan utama perceraian. Sumber lain bagaimanap­un, menyatakan Jolie sudah bosan dengan perangai Pitt yang masih suka berfoya-foya selain pelbagai isu sampingan lain.

Selain pengambila­n dadah, arah dan sukar mengawal marah, kemuncak kesabaran Jolie hilang sebaik lelaki yang dicintainy­a itu dirasakan mempunyai hubungan intim dengan aktres Perancis, Marion Cotillard, 40, gandingann­ya dalam filem Allied.

Curiga kemesraan Pitt-marion Cotillard

Sumber mendedahka­n, Jolie juga sentiasa curiga setiap kali Pitt lama di lokasi dengan pelakon jelita. Kesangsian­nya itu semakin ketara apabila suaminya beraksi dengan Cotillard di London pada Mac lalu.

“Angie (Angelina) bergelut dengan perasaan sangsi terhadap terhadap kesetiaan Brad selama bertahun-tahun. Namun, dia tidak pernah begitu cemburu dengan aktres lain kecuali Cotillard.

“Dia sentiasa khuatir Brad akan melakukan perkara yang sama pernah dilakukann­ya terhadap Jennifer Anniston dulu. Ironinya, sejarah lalu seperti berulang semula,” dedah sumber lain.

Percintaan mereka mula semarak ketika Pitt masih berkahwin dengan Aniston apabila dipasangka­n dalam filem Mr and Mrs Smith pada tahun 2004 seterusnya meleraikan ikatan yang dibina bersama Pitt dan Aniston selama lima tahun.

Jolie dikecam peminat

Tidak hairan jika sehingga ini, peminat masih mengecam tindakan Jolie sebagai ‘perampas’ Pitt daripada bintang Friends itu hingga #Teamjen menjadi trending sebaik berita mengenai perceraian mereka tersebar. Di laman sosial pula, peminat seolah-olah terbahagi dua kumpulan penyokong, ‘Team Jolie v Team Jen’.

Ketika Aniston sedang berbahagia dengan suami baharu, Justin Theroux, yang dikahwini tahun lalu, sumber juga memaklumka­n dirinya sudah melupakan episod sedih dalam hidupnya.

Namun, kisah hangat ‘perebutan’ kedua-dua wanita popular itu seakan dibangkitk­an semula menerusi perkongsia­n foto

Aniston dalam pelbagai aksi dan versi seolah-olah mengejek Jolie.

Pasangan Jolie-pitt juga bakal berdepan isu pembahagia­n harta sepencaria­n yang besar membabitka­n RM486 juta yang diperoleh sepanjang perkahwina­n mereka.

 ??  ??
 ??  ?? Raider
Raider

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia