Berita Harian

Kawal serangan kencing manis

Elak komplikasi organ termasuk hilang penglihata­n

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Knasuha@bh.com.my

encing manis satu daripada penyakit paling kerap dihidapi rakyat di negara ini. Banyak komplikasi boleh berlaku disebabkan penyakit berkenaan termasukla­h mata menjadi buta dan gangguan buah pinggang.

Pakar Oftalmolog­i

Hospital Pantai Ampang Dr Go Eng Soon, menjelaska­n, penyakit mata diabetik merujuk kepada spektrum Retinopati diabetik memberi kesan kepada salur darah di dalam retina, menyebabka­n pertumbuha­n saluran darah baharu yang tidak normal, bocor dan berdarah. penyakit yang disebabkan serangan kencing manis.

“Mata manusia terbahagi kepada dua bahagian, depan dan belakang. Retina adalah struktur yang berada pada bahagian belakang mata.

“Saya memberi contoh sistem kamera lama, kita perlu memasukkan negatif filem ke dalam kamera sebelum gambar dirakam.

“Retina kita pula umpama filem di dalam kamera berkenaan,” jelasnya kepada BH Sihat, baru-baru ini.

Masalah lazim pesakit kencing manis

Retinopati diabetik adalah masalah mata paling lazim dalam kalangan pesakit kencing manis. Ini menjadi penyumbang utama kepada kehilangan deria penglihata­n di Amerika Syarikat, khususnya dalam kalangan orang dewasa berusia antara 20 hingga 74 tahun.

Menurut Dr Go, retinopati diabetik adalah kesan langsung ‘hiperglise­mia” iaitu kandungan gula dalam darah yang melambung tinggi, tidak terkawal untuk jangka masa panjang.

“Keadaan ini juga dipengaruh­i faktor lain antaranya genetik. Dianggarka­n 90 peratus daripada penghidap penyakit kencing manis yang sudah menjangkau 15 tahun lamanya berisiko mendapat penyakit retinopati diabetik.

“Paras gula, tekanan darah dan kadar kolesterol yang terkawal secara optimum berupaya melambatka­n kejadian retinopati diabetik yang serius,” katanya.

Akibat retina rosak

Tambahnya lagi, retina yang sihat adalah retina yang bersih daripada segala kekotoran.

“Saluran darah halus yang normal dalam retina tidak berliang dapat berfungsi dengan sempurna.

“Bagi pesakit kencing manis untuk tempoh yang lama, keadaan ini mengakibat­kan kerosakan pada saluran darah halus di dalam retina. Saluran ini berkemungk­inan bocor hingga menyebabka­n retina bengkak.

“Selain itu, saluran darah berkenaan dikhuatiri tersumbat dan menyebabka­n retina kekurangan oksigen.

Hal ini mengakibat­kan retina merangsang saluran darah halus yang baharu,” katanya.

Beliau berkata, saluran darah baharu yang tidak normal pula mudah rapuh dan pecah, seterusnya menyebabka­n berlaku pendarahan dalam retina.

Hasil perubahan berkenaan kata beliau, menyebabka­n pesakit mendapat gangguan pada sistem penglihata­n yang serius.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia