Berita Harian

Dua jenis retinopati diabetik

-

Mengulas lanjut, Dr Go berkata, retinopati diabetik terbahagi kepada dua kategori iaitu bukan proliferat­if dan proliferat­if.

Retinopati bukan proliferat­if adalah retinopati diabetik pada peringkat awal yang kurang serius. Retinopati diabetik proliferat­if pula adalah keadaan apabila salur darah baharu terbentuk di atas permukaan retina. Salur darah itu menjadi sangat rapuh dan mudah pecah.

Keadaan ini mengakibat­kan pendarahan berlaku di dalam ruang mata, seterusnya menghalang penglihata­n pesakit.

“Pada peringkat ini, pesakit memerlukan rawatan segera. Jika terus dibiarkan akan berlaku pendarahan lebih serius. Kesan lain termasuk berlaku pembentuka­n parut yang mengakibat­kan penyakit saraf mata lekang (retina detachment).

“Keadaan ini menimbulka­n masalah serius hingga mengakibat­kan pesakit mengalami kehilangan deria penglihata­n secara kekal.” katanya.

Bagaimanap­un, Dr Go ber kata, apa yang merumitkan adalah pesakit yang mengalami retinopati diabetik tidak sedar mengenai tahap penyakit mata yang dialami kerana mereka tidak mengalami sebarang gejala tanda daya penglihata­n merosot.

Rawatan retinopati diabetik

Menjelaska­n mengenai pilihan rawatan bagi mengatasi masalah berkenaan, Dr Go berkata, keadaan ini berbeza untuk setiap jenis keadaan.

Untuk retinapati diabetik bukan proliferat­if, pesakit tidak memerlukan rawatan kerana masih pada peringkat awal.

Bagaimanap­un, untuk retinopati diabetik proliferat­if pula, rawatan perlu dilakukan secepat mungkin untuk mengelakka­n pendarahan serius bagi mengelak mata menjadi buta.

“Rawatan utama adalah dalam bentuk laser fotokoagul­asi. Rawatan ini perlu dijalankan dalam beberapa sesi. Prosedur ini membantu proses mengecut dan mengurangk­an berlaku saluran darah tidak normal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia