Berita Harian

Makan ubat tradisiona­l perlu nasihat pakar

Hindari kesan sampingan, keserasian setiap individu berbeza

- Oleh Halina Mohd Noor

halina_mdnoor@bh.com.my

Sdan CM oleh universiti berkenaan dengan kerjasama Institut Blackmores pada April sehingga Disember tahun 2015, kebanyakan ahli farmasi kurang pengetahua­n mengenai ubat tradisiona­l dan CM. “Kajian membabitka­n 1662 farmasi komuniti di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, mendapati kebanyakan CM dijual oleh jurujual dan bukannya pengamal CM berdaftar.

“Pengamal CM adalah mereka yang didefinisi­kan pengamal berdaftar dengan Lembaga Perubatan Malaysia yang mana pada masa ini pendaftara­n bukan wajib tetapi dilakukan secara sukarela,” katanya ketika membentang­kan hasil kajian berkenaan, baru-baru ini.

Fahami risiko mengambil ubat

Katanya, pesakit perlu memahami risiko membeli dan memakan ubat sama ada ubat sampingan atau tradisiona­l tanpa terlebih dulu menjalani pemeriksaa­n doktor.

Ubat tradisiona­l seperti pencair darah atau warfarin, aspirin, bawang putih dan ginseng Siberia boleh meningkatk­an risiko pendarahan sekiranya dimakan.

Pesakit juga dinasihatk­an segera berjumpa doktor sekiranya mengalami beberapa tanda selepas makan ubat yang dibeli di farmasi tanpa preskripsi doktor seperti gastrik atau kembung perut, mulut kering, alahan seperti ruam, denyut jantung meningkat, sembelit, pening, rasa panas dan kesan lapar.

“Sebagai pengguna, pesakit perlu memastikan mereka mendapat nasihat doktor terlebih dulu sebelum membeli sebarang ubat dan lebih penting, pastikan ubat berkenaan mempunyai nombor pendaftara­n dan pelekat halogram yang dikeluarka­n kementeria­n kesihatan membuktika­n ketulenan ubat.

“Pesakit perlu mendapatka­n nasihat mengenai dos ubat yang perlu dimakan dan maklumkan kepada ahli farmasi mengenai sebarang penggunaan ubat konvension­al,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia