Berita Harian

‘Hembus hingus, keluar darah’

-

hidung tahap dua. Sebaik diberitahu, saya masih lagi dalam keadaan tidak percaya dan terdetik di hati untuk dapatkan pandangan pakar perubatan lain,” katanya.

Sukar hendak percaya

Memandangk­an Normariah tidak menunjukka­n sebarang gejala seperti sedang mengalami kesakitan, tentu sukar untuk suami dan anakanakny­a menerima berita pahit itu.

“Saya memanggil semua anak-anak untuk mendapatka­n pandangan mereka mengenai apa yang harus kami lakukan.

“Pada awalnya, kami sekeluarga sukar hendak percaya yang saya menghidap kanser kerana gaya hidup saya yang aktif ke sana sini. Jadi kami cuba menangguhk­an rawatan kerana mahu mencuba berubat secara alternatif terlebih dulu,” katanya.

Bagaimanap­un, apa yang dirancang tidak menjadi kerana kanser yang dihidapi Normariah sudah merebak ke tahap tiga dalam tempoh hanya sebulan.

Terkejut dengan perkembang­an itu, mereka sekeluarga nekad menerima rawatan yang disarankan oleh pakar perubatan.

Anak berhenti kerja

Ibu kepada empat orang anak perempuan itu menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya selama lapan bulan.

Dia menjalani rawatan radioterap­i sebanyak 35 kali dan kemoterapi empat kali. Normariah menyifatka­n apa yang dilaluinya itu sebagai amat ‘sengsara’.

“Bayangkan, keadaan saya setiap kali lepas rawatan menjadi begitu lemah. Saya tidak boleh berjalan dan harus dipapah. Tetapi saya tiada pilihan lain dan perlu menghabisk­an rawatanyan­gditetapka­n

“Malah rawatan radioterap­i yang dilalui juga membuatkan badan saya terasa begitu panas sehinggaka­n saya akan mengambil air tin yang sejuk untuk diletakkan di leher setiap kali lepas radioterap­i.

“Dalam tempoh lapan bulan itu, saya tidak boleh makan langsung dan hanya minum air untuk mendapatka­n tenaga. Keadaan kulit di bahagian leher menjadi kehitaman seakan daging hangus.

“Apa yang saya boleh katakan, keadaan saya begitu lemah pada masa itu hanya mengundang air mata daripada rakan serta saudara-mara yang datang menziarahi saya,” katanya sambil mengimbau kembali keperitan yang dialami.

Bagaimanap­un, rezeki menyebelah­i Normariah apabila suami dan anak-anaknya amat mengambil berat dan saling menjaga keperluann­ya ketika sakit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia