Berita Harian

Pencetak tapak kaki tiruan

Orthotik stabilkan kaki, seimbangka­n struktur badan

- Oleh Halina Mohd Noor

Ghalina_mdnoor@bh.com.my

erbang kaki adalah bahagian di bawah tapak kaki yang mana ia tidak mencecah tanah ketika berdiri, manakala bahagian lain pada tapak kaki rata di atas lantai atau tanah.

Memiliki kaki rata atau ‘gerbang kaki jatuh’ bermakna kaki anda tidak mempunyai gerbang atau tidak melengkung pada bahagian tengah apabila memijak lantai.

Gerbang kaki yang rata tidak menjadi masalah, tetapi keadaan itu sering dikaitkan dengan rasa sakit pada kaki, buku lali, bawah kaki, lutut, pinggang atau bahagian belakang badan anda.

Bagaimanap­un, masalah ini boleh diatasi menggunaka­n tapak kaki tiruan atau orthotik buatan tempatan menggunaka­n inovasi percetakan tiga dimensi bagi membantu pembentuka­n tapak kaki lebih baik.

Imbasan sinar X dapatkan ukuran tepat

Pengeluar orthotik tiga dimensi dan pakar kiroprakti­k tulang belakang dan sendi, Dr Nick Boden, berkata cetakan tiga dimensi menghasilk­an tapak kaki yang diperbuat mengikut keperluan individu.

“Kaki pesakit akan diimbas menggunaka­n mesin imbasan ringan berbeza dengan sinar X, kira-kira 12,000 ukuran dibuat untuk menilai tapak kaki.

“Ukuran ini sangat tepat, malah kedutan pada kaki juga dilihat menerusi imbasan ini yang kemudianny­a dicetak menggunaka­n pencetak tiga dimensi,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, pencetak khas itu mencetak tapak kaki mengikut ukuran individu menggunaka­n bahan tali pancing yang dicairkan dalam tempoh hanya dua jam iaitu satu-satunya kemudahan seumpama itu pertama di rantau Asia.

Tempoh dua jam adalah masa terbaik bagi menghasilk­an tapak orthotik berbanding sebelum ini, di mana pesakit perlu menempahny­a dari Australia yang mengambil masa kira-kira sebulan.

Selain cepat siap, tapak orthotik yang dicetak di sini lebih murah iaitu sekitar RM550 hingga RM750 berbanding yang ditempah dari Australia iaitu kira-kira RM1,500.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Langkah-langkah dalam proses pengimbasa­n 3D untuk kaki yang dikeluarka­n oleh Spine & Joint.
Langkah-langkah dalam proses pengimbasa­n 3D untuk kaki yang dikeluarka­n oleh Spine & Joint.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia