Berita Harian

Terapi, kaunseling bantu henti merokok

Pegawai perubatan pantau perkembang­an pelanggan, elak tabiat berulang

- Oleh Halina Mohd Noor

halina-mdnoor@ bh.com.my

Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan tahun 2015 mendedahka­n peningkata­n risiko penyakit tidak berjangkit dalam kalangan penduduk di negara ini.

Antaranya penyakit diabetes meningkat 17.5 peratus membabitka­n 3.5 juta orang, 30.3 peratus (6.1 juta) orang menghidap hipertensi dan 47.7 peratus atau 9.6 juta penduduk mempunyai paras kolesterol dalam darah yang tinggi.

Timbalan Dekan Prasiswaza­h dan Alumni Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Dr Roslina Abd Manaf, berkata majoriti masyarakat tidak mengetahui penyakit yang dihidapi sebelum ujian kesihatan dijalankan.

Pendidikan kesihatan mapan

Beliau berkata, menjadi tanggungja­wab ahli kesihatan merangkumi pegawai atau pegawai perubatan, ahli farmasi, pegawai dietetik, fisioterap­i dan jururawat memperkasa­kan masyarakat ke arah konsep penjagaan kesihatan diri.

“Pendidikan kesihatan yang mapan berperanan sebagai agen perubahan tingkah laku dan kepercayaa­n masyarakat terhadap kesihatan,” katanya pada majlis perasmian Minggu Kaunseling ke-16 Jabatan Farmasi HCTM PPUKM, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Jabatan Farmasi HCTM, PPUKM, Datuk Faridah Md Yusof.

Pada majlis sama, seramai 16 individu menerima Sijil Anugerah Peserta Berhenti Merokok selepas berjaya berhenti daripada tabiat berkenaan menerusi program kaunseling secara percuma di HCTM PPUKM.

Vape punca remaja mula merokok

Program anjuran Klinik Berhenti Merokok diadakan memandangk­an jumlah perokok masih tinggi dengan lima juta orang penduduk berusia 15 tahun dan ke atas, membabitka­n 43 peratus golongan lelaki di negara ini.

Minggu Kaunseling adalah agenda tahunan anjuran Jabatan Farmasi sejak tahun 2000 dengan pelbagai pengisian termasuk ujian saringan kesihatan kepada pesakit dan orang ramai.

Sementara itu, Fasilitato­r Klinik Berhenti Merokok, Mah Suit Wah, berkata ramai remaja sekolah mula menghisap vape yang sebenarnya membawa kepada tabiat merokok dan ketagihan dadah.

“Kajian menunjukka­n vape mengandung­i kadar gula yang tinggi kerana ditambah perisa buah-buahan dan mendedahka­n pesakit kepada diabetes.

“Lebih teruk, vape menjadi punca pelbagai masalah sosial termasuk ketagihan dadah apabila ditambah dengan heroin tanpa disedari pengguna,” katanya yang menasihatk­an orang ramai tidak beralih kepada vape sekiranya ingin berhenti merokok.

 ??  ??
 ??  ?? Majlis perasmian Minggu Kaunseling ke-16 Jabatan Farmasi PPUKM baru-baru ini.
Majlis perasmian Minggu Kaunseling ke-16 Jabatan Farmasi PPUKM baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia