Berita Harian

Gerakan senaman selepas susui bayi

Teknik yoga boleh rehatkan, legakan otot tegang

- Oleh Halina Mohd Noor

halina_mdnoor@bh.com.my

Sdalam pelukan mereka dalam waktu 15 hingga 30 minit.

Penolong Pengarah Kejururawa­tan Pusat Perubatan Sunway, Sr Alice Lee Chia Chia, berkata ibu dan bayi perlu berada dalam keadaan rehat dan selesa semasa sesi menyusu.

“Penyusuan bayi boleh menyebabka­n ketegangan kepada bahagian tubuh khususnya pada leher, bahu, lengan dan dada terutama sekiranya kedudukan ibu tidak begitu sesuai. “Rasa lenguh dan tegang ini boleh diatasi dengan gerakan senaman yoga yang boleh merehatkan dan melegakan otot yang tegang,” katanya yang juga tenaga pengajar kecergasan dan yoga bertauliah. Senaman mudah ini boleh dilakukan selepas menyusukan bayi di rumah atau di mana saja kerana gerakan itu hanya memerlukan ruang kecil untuk ibu menggerakk­an kepala, lengan, leher dan pinggang.

Berdiri tegak dan buka sedikit kaki dengan jarak satu kaki. Lentokkan kepala ke kiri sehingga hampir mencecah bahu dan kira sehingga sepuluh. Lentokkan kepala ke sebelah kanan pula.

Rapatkan keduadua tapak tangan, bawa tangan ke bawah dagu dan tolak dengan jari sehingga kepala terdongak. Kira hingga sepuluh.

Berdiri tegak dan buka sedikit kaki dengan jarak satu kaki. Bawa keduadua belah tangan ke belakang sambil jari keduadua tangan digenggam dan kira sehingga sepuluh.

Berdiri tegak, rapatkan kaki dan tangan kiri memegang siku tangan kanan dan tolak ke belakang badan. Kira sehingga sepuluh dan tukar ke tangan kanan pula.

Berdiri tegak, luruskan tangan kanan dengan tapak tangan menghadap ke depan dan tolak tapak tangan ke dalam dengan tangan kiri. Kira sehingga sepuluh sebelum bertukar kepada tangan kiri pula.

Duduk di kerusi, angkat kedua tangan ke atas dan condongkan badan ke arah kanan. Kira sehingga sepuluh dan tukar ke sebelah kiri pula.

Duduk di kerusi, bawa tangan ke belakang untuk memegang penyandar dan tarik badan ke depan. Kiri sehingga sepuluh dan alih kepada sebelah kiri pula.

Duduk di kerusi, pusingkan badan dan kepala ke arah kanan tanpa menggerakk­an kaki. Kira sehingga sepuluh dan alih kepada sebelah kiri pula.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia