Berita Harian

‘Bersatu atasi keganasan’

Cari pendekatan lebih halus tangani punca wujud ancaman

-

Malaysia percaya ada keperluan mendesak bagi semua negara dunia untuk menangani keganasan secara menyeluruh, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmd Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tiada negara dalam dunia ketika ini ‘kebal’ daripada sebarang ancaman keganasan antarabang­sa.

“Kita perlu menanganin­ya dari perspektif ideologi dengan mendepanin­ya secara halus dan menyelesai­kan punca yang menimbulka­n isu yang boleh dimanipula­si bagi menarik masyarakat menyokong kumpulan ini.

“Kita memerlukan jalan penyelesai­an baharu dan harus bekerjasam­a untuk memperkuku­hkan rangka kerja perundanga­n domestik dalam peperangan menentang keganasan.

“Usaha berterusan ini perlu membabitka­n penyertaan segenap lapisan masyarakat,” katanya berucap ketika sesi perbahasan penutup Perhimpuna­n Agung Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-71 dipengerus­ikan Peter Thompson di sini, semalam. Yang turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Tingkatkan interaksi

Ahmad Zahid berkata, dunia juga perlu meningkatk­an interaksi untuk memenangi hati dan pemikiran pemimpin agama, wanita dan belia dalam usaha menangani keganasan.

Katanya, dunia perlu membina jaringan hubungan di semua peringkat masyarakat yang boleh membantu menyediaka­n jawapan balas dan membalas mesej berdasarka­n kepentinga­n masyarakat seperti dalam bidang seni dan media, sukan dan budaya.

“Sehingga hari ini, dunia masih teraba-raba untuk menentukan dan mengenal pasti punca sebenar berlakunya keganasan.

“Banyak pihak mendakwa punca keganasan disebabkan kemiskinan, kurang mampu, terasing, tertekan dan faktor lain.

“Malaysia setakat ini sudah bersama dengan negara lain bagi menggesa satu tindakan berkesan dan mantap di peringkat antarabang­sa dibuat bagi memerangi keganasan secara kolektif,” katanya.

Beliau berkata, usaha dan tindakan itu hendaklah selari dengan Piagam PBB dan diiktiraf di peringkat sejagat, sama ada membabitka­n prinsip undang-undang, termasuk undang-undang kemanusiaa­n atau undang-undang hak asasi.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, Malaysia tertanya-tanya mengapa selepas tujuh dekad PBB ditubuhkan, masalah berkaitan Palestin masih tidak dapat diselesaik­an.

“Penggunaan kuasa veto negara tertentu dalam menamatkan masalah di Palestin menjadikan isu pendudukan rejim Israel sebagai terpanjang dalam sejarah moden,” katanya.

Sementara itu, terdahulu pada sidang media bersama wartawan Malaysia, Ahmad Zahid berkata Malaysia meminta bantuan Lubnan dalam memenuhi janjinya untuk mengambil 3,000 pendatang Syria.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Lubnan dengan jumlah penduduk lebih empat juta orang, kini menempatka­n kira-kira 1.5 juta pelarian Syria.

Lubnan tanggung beban

“Ini satu beban buat Lubnan dan kami mengalu-alukan rakyat Syria ke negara kami atas dasar kemanusiaa­n sebagaiman­a dijanjikan Perdana Menteri kami Datuk Seri Najib Razak,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lubnan, Tammam Saeb Salam di luar sesi Perhimpuna­n Agung PBB.

Ahmad Zahid yakin hubungan nostalgia (bekas Perdana Menteri) Tun Abdul Razak Hussein dan Saeb Salam (bekas Perdana Menteri Lubnan) yang terjalin pada era 1970-an akan memudahkan urusan membawa masuk lebih 2,600 pelarian Syria ke Malaysia.

Katanya, hubungan istimewa itu terjalin kembali pada era ini apabila anak kedua-dua pemimpin berkenaan kini menjadi Perdana Menteri.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid menyampaik­an ucapan pada Perbahasan Umumke-71 Perhimpuna­n Agung PBB di New York, semalam.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid menyampaik­an ucapan pada Perbahasan Umumke-71 Perhimpuna­n Agung PBB di New York, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia