Berita Harian

Motorola mahu pindah operasi ke Malaysia

-

Solutions bercadang memindahka­n operasi dua kemudahan syarikatny­a ke Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perkara itu dibincangk­an dalam pertemuann­ya dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Motorola Solutions, Greg Brown bersempena Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) di sini.

Beliau berkata, beliau berharap kerajaan negeri di mana kemudahan Motorola akan dipindahka­n itu tidak akan mendakwa ia adalah usaha mereka sebagaiman­a dicadangka­n Motorola Solutions, syarikat yang menerajui produk komunikasi, penyelesai­an dan perkhidmat­an untuk masyarakat serta perniagaan.

Komitmen syarikat

“Ia benar-benar adalah satu komitmen syarikat itu kepada kerajaan Persekutua­n,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja beliau ke New York sempena UNGA.

Beliau berkata, ia juga selari dengan sistem pendidikan negara dan rancangan jangka panjang untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir serta profesiona­l.

Tumpuan Malaysia terhadap pendidikan teknikal dan vokasional serta latihan (TVET), adalah antara faktor terhadap keputusan syarikat berkenaan, kata Ahmad Zahid.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Motorola Solutions bertekad meneruskan agenda pemindahan teknologi dan program off-set serta program latihan untuk meningkatk­an proses pembanguna­n tenaga kerja.

“Kami menghargai undi keyakinan terhadap negara kami, kerana Motorola Solutions juga percaya bahawa perjanjian Perkongsia­n Perdaganga­n Trans-pasifik adalah sesuatu yang akan memberi manfaat kepada Malaysia,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, Brown tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa TPP hanya akan memanfaatk­an negara yang maju ekonominya kerana beliau berpendapa­t negara lain juga akan memperoleh manfaat daripada perjanjian itu.

Ia benar-benar adalah satu komitmen syarikat itu kepada kerajaan Persekutua­n” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia