Berita Harian

Kecewa masalah air tiada kesudahan

Penduduk dakwa wakil rakyat lepas tangan

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Kekerapan gangguan bekalan air yang menjejaska­n kirakira 1.3 juta pengguna di empat daerah di Selangor, membangkit­kan kemarahan penduduk, khususnya terhadap kerajaan negeri yang didakwa gagal untuk memastikan masalah itu tidak berulang.

Daerah sering terjejas dan seolaholah tiada kesudahan adalah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

Gangguan bekalan air terbaru bermula dengan kejadian paip pecah di Puchong pada Selasa lalu, diikuti penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada Khamis lalu.

Sehingga semalam, sudah tiga kali loji itu ditutup akibat pencemaran air mentah.

Tinjauan di beberapa kawasan terjejas di Subang Jaya, semalam, mendapati rata-rata penduduk terputus bekalan air sejak empat hari lalu dan mereka tidak mendapat bekalan air secukupnya.

Jejas rutin harian

Suri rumah, Zaleha Rahmat, 70, yang menetap di USJ 5, kecewa kerana gangguan bekalan air kerap berlaku sehingga menjejaska­n rutin harian, termasuk memasak.

Dia juga kecewa kerana penghantar­an air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) tidak dilakukan pada hari pertama gangguan bekalan air, sebaliknya semalam iaitu selepas jawatankua­sa penduduk membuat aduan.

“Gangguan bekalan air bermula Selasa lalu dan kembali pulih pada hari berikutnya. Gangguan berlaku semula tidak lama kemudian sehingga hari ini (semalam).

“Apa sudah jadi... mengapa terlalu kerap. Penghantar­an bekalan air pula seolah-olah seperti penukul... apabila ‘diketuk’ baru datang. Jika berlaku kerosakan, sepatutnya mereka terus datang memberi bantuan.

“Masa berkempen, awal mereka (wakil rakyat) datang, tetapi apabila masalah seperti ini berlaku tidak ada pula yang datang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan bagi memastikan pencemaran loji rawatan air dan paip pecah yang kerap berlaku tidak berulang.

Katanya, walaupun kerajaan negeri memperuntu­kkan RM800 juta untuk membina loji rawatan air baharu di Semenyih dan RM300 juta bagi penukaran paip tetapi projek itu mengambil masa untuk beroperasi sepenuhnya.

“Perkara yang perlu ditangani segera adalah pencemaran dan paip pecah kerana kesannya sangat menyusahka­n rakyat,” katanya.

 ??  ?? Orang ramai beratur mengambil air yang diberi pihak SYABAS ketika tinjauan masalah air yang dihadapi penduduk USJ 1 hingga USJ 16, semalam. (Gambar kanan) seorang warga emas terpaksa mengangkat air yang diambil daripada lori tangki air SYABAS...
Orang ramai beratur mengambil air yang diberi pihak SYABAS ketika tinjauan masalah air yang dihadapi penduduk USJ 1 hingga USJ 16, semalam. (Gambar kanan) seorang warga emas terpaksa mengangkat air yang diambil daripada lori tangki air SYABAS...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia