Berita Harian

Loji Sungai Semenyih ditutup kali ketiga

-

Kuala Lumpur: Lebih 300,000 pengguna air di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang, terus terjejas apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ditutup semula buat kali ketiga, semalam.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, berkata ia berikutan pencemaran air mentah di loji itu yang dikesan sejak Khamis lalu.

Bagaimanap­un, katanya, loji berkenaan kembali beroperasi semula pada jam 2.30 petang semalam.

Katanya, pihaknya mengesan pencemaran bau yang tidak dikenal pasti berukuran amat tinggi, namun keputusan ujian sebahagian sampel air mentah mendapati ia tidak mengandung­i bahan berbahaya.

Siasat punca pencemaran

“Penyiasata­n bagi mengesan punca pencemaran meliputi kawasan seluas 609 kilometer persegi di kawasan tadahan air di Semenyih dan lima cawang sungai utama giat dijalankan sejak Khamis lalu dan operasi akan diteruskan sehingga punca pencemaran dikenal pasti.

“Lokasi disiasat, termasuk kawasan perindustr­ian Villaraya, Beranang, Hulu Semenyih, Sungai Purun sehingga sempadan Negeri Sembilan berhampira­n Nilai.

“Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan pencemaran, selain tidak menolak kemungkina­n unsur sabotaj terhadap insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Amin Lin berkata, penghantar­an bekalan air menggunaka­n lori tangki akan terus dilakukan ke kawasan terjejas sepanjang tempoh gangguan, selain air minuman bersaiz lima liter turut dibekalkan kepada orang ramai.

Sementara itu, Amin Lin dalam kenyataan berasingan memaklumka­n beberapa kawasan di ibu negara dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 3 pagi Selasa ini sehingga 8 malam keesokanny­a.

Gangguan itu berikutan penambahba­ikan kecekapan sistem pengagihan air dan menasihatk­an pengguna menyimpan bekalan air secukupnya.

Antara kawasan di ibu negara yang terjejas adalah Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), manakala bagi Petaling adalah SS1 hingga SS9A, SS20, Universiti Malaya,damansara Utama dan Taman Tun Dr Ismail.

Pengguna boleh mendapatka­n maklumat terkini melalui aplikasi telefon bimbit MYSYABAS dan www.syabas.com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia