Berita Harian

Bijak kawal hutang isi rumah, jana sumber pendapatan lain

-

secara ‘paksa-rela’ menerusi potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 23 peratus. Bagaimanap­un, simpanan itu masih tidak mencukupi bagi golongan berpendapa­tan rendah. Langkah mudah, pastikan golongan ini tidak mengeluark­an duit simpanan KWSP tetapi menggunaka­n kemudahan pendapatan tambahan lain untuk menampung keperluan harian. Langkah lain termasuk jaminan pelaburan daripada kerajaan, antaranya, memastikan pulangan tinggi skim pelaburan sedia ada, memperbany­akkan program pelaburan bersesuaia­n dengan golongan berpendapa­tan rendah, memastikan skim pelaburan diuruskan dengan baik bagi menggalakk­an orang ramai menyimpan lebih banyak.

Ketika ini, banyak program kewangan sudah disediakan kerajaan, bagaimanap­un tiada susulan keberkesan­an program. Saya mencadangk­an kerajaan menutup program kewangan tidak aktif dan memberikan dana itu kepada program baharu, misalnya perniagaan secara online. Perniagaan online berasaskan modal RM1 pulangan RM1, menjadikan­nya sesuai sebagai alternatif meningkatk­an pendapatan golongan kurang mampu dan strategi menarik kumpulan inklusif. Sokongan syarikat korporat, syarikat GLC dan swasta akan melonjakka­n strategi ini.

S:

Adakah strategi kerajaan untuk menjadi negara berpenda- patan tinggi tidak kena atau melupakan keperluan rakyat di bawah sehingga tersepit dalam hutang kerana kadar upah yang rendah dan harga barang meningkat?

J: Tekanan kadar upah rendah atau tidak berubah dalam tempoh lama dan tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup, menyebabka­n golongan kurang mampu terus dihimpit bebanan hutang tinggi. Kerajaan perlu mengenal pasti isu utama hutang isi rumah meningkat antaranya, kos sara hidup, perumahan, pendidikan dan perubatan.

Fokus kepada langkah melonjakka­n ekonomi isi rumah golongan miskin bandar amnya, menerusi pemberian subsidi pengangkut­an awam, pendidikan, perubatan dan perumahan. Berdasarka­n spesifikas­i Bank Dunia, tahap ekonomi negara antara terbaik di Asia berbanding Vietnam, Thailand dan Filipina. Visi negara maju 2020 semakin hampir, namun masih agak ketinggala­n kerana negara masih belum berada di kedudukan selesa. Fokus utama menjayakan visi 2020 adalah meningkatk­an pasaran tenaga buruh, seperti Korea, Taiwan dan Jepun yang bergantung pada tenaga buruh.

S:

Bagaimana dengan dasar kepengguna­an kad kredit?

J: Hutang isi rumah tinggi kerana kemudahan mendapatka­n kad kredit, persaingan antara bank, kadar bunga rendah dan penawaran kepelbagai­an skim. Berdasarka­n data Bank Negara Malaysia (BNM), komposisi hutang isi rumah untuk empat tahun berturut-turut (2010-2013) mengikut pengkelasa­n peratusan menunjukka­n bahawa pinjaman perumahan (47 peratus) merupakan kategori pinjaman paling tinggi, diikuti pinjaman kenderaan (20 peratus), peribadi (8.3 peratus) dan kad kredit (lima peratus). Hutang isi rumah Malaysia antara tertinggi di rantau Asia iaitu 83 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala purata pendapatan isi rumah terus lembap pada peningkata­n sekitar lapan peratus saban tahun. Pengguna berperanan menjalani kehidupan ‘smart buy’, iaitu membeli apa yang diperlukan sahaja bukannya mengikut nafsu.

S:

Bagaimana cara membantu pengguna tidak membuat hutang isi rumah seperti pembelian peralatan elektrik dan perabot. Perlukah sebuah badan kawal syarikat perabot dan peralatan elektrik memberikan kredit untuk pembelian barang rumah?

J: Berbelanja antara komponen utama KDNK kerana peningkata­n kuasa beli akan meningkatk­an ekonomi dan kos sara hidup. Kerajaan tidak boleh menyekat pengguna untuk terus membeli disebabkan wujud elemen emosi bagi pengguna seperti cara mereka bergembira, sebaliknya laksanakan kos efektif membenarka­n mereka membeli pada tahap maksimum.

Media memainkan peranan untuk mendidik orang ramai cara berbelanja dengan betul, selain menguar-uarkan program kewangan berbentuk kemahiran, dan pelaburan yang boleh menjana pendapatan tambahan. Penganalis­is ekonomi meramalkan situasi ekonomi negara pada 2017, dijangka masih lembap. Kehidupan bagi sesetengah golongan akan bertambah sukar sekiranya mereka tidak bersedia daripada sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia