Berita Harian

Penggambar­an River Monster di Sarawak

-

Miri: Kewujudan pelbagai spesies ikan bersaiz gergasi dan bernilai tinggi di Sarawak, menarik minat produksi antarabang­sa, Animal Planet, menjalanka­n penggambar­an program popularnya, River Monster, yang dikendalik­an pengacara terkenal, Jeremy Wade.

Difahamkan, Wade bersama kru penggambar­annya sudah berada di wilayah utara negeri ini sejak seminggu lalu bagi ‘memburu’ ikan semah, tapah dan empurau yang cukup sinonim dengan Bumi Kenyalang.

Menyedari potensi besar itu, Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) merangka strategi mempromosi aktiviti memancing di Long Kenayah, Hulu Lawas, sebagai produk pelanconga­n terbaru, sekali gus menarik minat kaki pancing dari dalam dan luar negara ke negeri ini.

Puas hati keunikan sungai

Pengerusi STB, Datuk Abdul Wahab Aziz, berkata beliau berpuas hati dengan keunikan sungai di lokasi terpencil itu yang kaya dengan pelbagai spesies ikan bernilai tinggi.

“Di Sarawak, sukar untuk kita menemui spesies ikan bernilai tinggi ini di kebanyakan sungai berhampira­n bandar kerana pencemaran kecuali di kawasan pedalaman dan terpencil seperti di Long Kenayah.

“Terletak dua jam perjalanan dari pekan Lawas, saya melihat kawasan itu cukup berpotensi dipromosik­an sebagai lubuk memancing yang mampu menarik minat kaki pancing dari dalam dan luar negara, terutama untuk memburu ikan bersaiz besar,” katanya kepada BH, semalam.

Abdul Wahab berkata, ikan semah antara spesies ikan air tawar yang semakin jarang ditemui di sungai di negeri ini disebabkan aktiviti pembalakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia