Berita Harian

Utamakan prestasi akademik: TPM

Pembabitan dalam perniagaan boleh jejas tumpuan belajar

- Daripada Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my

Mahasiswa perlu mengutamak­an prestasi akademik sepanjang berada di institut pengajian tinggi (IPT) berbanding menceburi perniagaan, termasuk menjadi ejen pemasaran pelbagai peringkat (MLM), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri bimbang pembabitan mahasiswa dalam apa juga bentuk perniagaan, termasuk MLM, akan menjejaska­n tumpuan mereka dalam pembelajar­an, selain dikhuatiri menyebabka­n pelajar menanggung hutang daripada kegiatan itu ketika masih belajar.

“Mahasiswa perlu bijak merancang dan menentukan hala tuju mereka dalam apa juga aktiviti yang ingin disertai ketika sedang belajar seperti berniaga.

“Jika apa yang dilakukan atau disertai itu membebanka­n sampai mereka terpaksa berhutang, lebih baik hentikan sahaja demi masa depan anda,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) Ke-71, di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan pembongkar­an BH sejak seminggu lalu, mengenai kegiatan sindiket berselindu­ng di sebalik strategi MLM, menjadikan pelajar universiti sebagai sasaran mudah, mengaut keuntungan menerusi yuran penyertaan dalam seminar perniagaan kendalian mereka.

Ahmad Zahid mengakui turut mempunyai pengalaman bekerja sambil belajar ketika menuntut di universiti dengan niat menampung kos sara hidup dan pembelajar­an di kampus.

“Saya pernah bekerja secara sam- bilan dengan syarikat akhbar dan agensi penyiaran ketika belajar di universiti. Saya bukan datang daripada keluarga berada tetapi pekerjaan itu dipastikan tidak sampai menjejaska­n prestasi akademik,” katanya.

Mahasiswa perlu bijak rancang hala tuju mereka” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? Keratan akhbar muka hadapan BH 20 September lalu.
Keratan akhbar muka hadapan BH 20 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia